PUTRAJAYA 7 Mac - Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR) dilihat turut hadir ke Mahkamah Persekutuan di sini bagi mendengar perbicaraan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan kes Liwat II yang memasuki hari terakhir hari ini.
Antara pemimpin yang hadir ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli serta Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Kehakiman Putrajaya bersama isterinya, Datuk Wan Azizah tiga anak perempuannya (tanpa Nurul Izzah)menuju ke Bilik Bicara 2, Mahkamah Rayuan, Putrajaya pada pukul 9 pagi.
Keadaan tenang di luar perkarangan mahkamah namun pihak polis tetap mengawal keadaan agar tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Keputusan rayuan kes dijangka bakal dikeluarkan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan selewat-lewatnya petang ini.
0 comments:
Post a Comment