KUALA LUMPUR 7 Okt - Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara, di sini, hari ini.
Upacara angkat sumpah disempurnakan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Selain Mohd Ali, tiga lagi dilantik menjadi Senator iaitu Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Khairudin E S Abd Samad; Pengerusi Barisan Nasional BN Parlimen Batu, Datuk Yahaya Mat Ghani dan Exco Pemuda UMNO, Datuk Megat Zulkarnain Omardin.
Sebelum ini, Ketua Menteri, Datuk Idris Haron telah mencadangkan Mohd Ali sebagai Senator semasa mengemukakakan usul kedua pada Persidangan Kedua Penggal Pertama.
0 comments:
Post a Comment