Polis Dedah Gambar Penumpang Guna Pasport Curi

Rakyat News

SEPANG 11 Mac - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menyiarkan gambar salah seorang dari dua penumpang yang menaiki pesawat MH370 dengan menggunakan pasport palsu seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Beliau berkata, lelaki yang berusia 19 tahun ini merupakan seorang warganegara Iran.

Pihak polis kini masih berusaha mengenal pasti identiti seorang lagi individu yang memegang pasport palsu berkenaan.

Lagi artikel menyusul

Kes Liwat II : Pemimpin Pakatan Hadir Tanda Sokongan

alt
 
PUTRAJAYA 7 Mac - Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR) dilihat turut hadir ke Mahkamah Persekutuan di sini bagi mendengar perbicaraan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan kes Liwat II yang memasuki hari terakhir hari ini.
 
Antara pemimpin yang hadir ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli serta Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong.
 
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Kehakiman Putrajaya bersama isterinya, Datuk Wan Azizah tiga anak perempuannya (tanpa Nurul Izzah)menuju ke Bilik Bicara 2, Mahkamah Rayuan, Putrajaya pada pukul 9 pagi.
 
Keadaan tenang di luar perkarangan mahkamah namun  pihak polis tetap  mengawal keadaan agar tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
 
Keputusan rayuan kes dijangka bakal dikeluarkan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan selewat-lewatnya petang ini.

Azmin Akui Anwar Bersalah dalam Kes Liwat II?

Rakyat News

KAJANG 6 Mac - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali dilihat mengeluarkan kenyataan mengelirukan berhubung keputusan rayuan kes liwat II melibatkan Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijangka diputuskan di Mahkamah Rayuan, Putrajaya petang ini.

Pada satu majlis di salah sebuah Bilik Gerakan Pakatan Rakyat (PR) di sini malam tadi, Ahli Parlimen Gombak itu menjangkakan Anwar bersalah dan bakal dijatuhkan hukuman atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari.

"Ada kemungkinan hukuman dijatuhi selepas solat Jumaat esok. Maka saya merayu kepada umat Islam khususnya, mari kita solat hajat supaya Anwar bebas daripada fitnah jahat yang ditaja oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya ketika berucap merasmikan majlis Pelancaran Bilik Gerakan PR di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Kantan bersempena Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Hadir sama Ketua Wanita PKR merangkap Timbalan Pengarah PRK Kajang Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Hulu Langat  Dr. Che Rosli Che Mat, Yang Dipertua PAS Gombak Salehuddin Nasir, ADUN Sri Andalas  Dr. Xavier Jayakumar dan mantan Presiden Pertama Angkatan Belia Islam (ABIM) Dr. Razali Nawawi.
 
Rakyat News

Dalam perkembangan sama, Azmin ketika ditemui pemberita mengeluarkan kenyataan sebaliknya apabila meletakkan keyakinan bahawa Anwar tidak bersalah dan akan dibebaskan dari sebarang pertuduhan tersebut.

"Kita yakin berdasarkan bukti dan keterangan yang dikemukakan hari ini dan disambung esok, Anwar akan terus dibebaskan daripada pertuduhan ini. Malahan keyakinan kita ini berjaya diyakinkan berdasarkan keputuskan mahkamah tinggi sebelum ini.

"Sejak dari awal kita tegaskan Anwar tidak bersalah dan tiada sebab untuk kita buat persiapan selain daripada itu," tegasnya.

Sementara itu, Azmin ketika berucap dihadapan kira-kira 80 hadirin beberapa minit sebelum itu mendakwa sistem kehakiman telah diperalatkan oleh UMNO dan BN atas alasan parti lawan itu takut kepada Anwar Ibrahim.
 
Rakyat News

"Mereka takut Anwar bertanding di Kajang. Najib (Perdana Menteri) takut dan yang paling takut Mahathir (mantan Perdana Menteri). Sehingga mahkamah diperalatkan oleh UMNO untuk menetapkan tarikh-tarikh perbicaraan. Anwar terpaksa tumpu di mahkamah. Ini niat jahat UMNO supaya Anwar tidak dapat turun ke Kajang,"

"UMNO mahu hukuman dijatuhi sebelum penamaan calon. UMNO tahu Anwar tidak boleh dikalahkan di Kajang.  Mereka tidak boleh kalahkan kita maka UMNO menggunakan mahkamah untuk menjatuhkan hukuman dalam tempoh kurang 24 jam dari sekarang," katanya.

Rayuan kes liwat II yang bermula semalam bagi mendengar pendakwaan terhadap pembebasan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Permohonan ini merujuk kepada keputusan pada 9 Januari 2012 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendapati Anwar tidak bersalah di atas kes liwatnya terhadap Saiful di Kondominium Desa Damansar antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Sehubungan itu pihak pendakwaraya telah membuat permohonan rayuan terhadap keputusan berkenaan.

Mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, suspek bakal dijatuhi  hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Laporan Palsu Hina Taraf Hidup Kaum India di Malaysia

       
              
alt

KUALA LUMPUR 25 Feb - Tindakan sebuah portal berita menyiarkan satu artikel berkenaan kisah sebuah keluarga kononnya warganegara Malaysia yang kesempitan hidup dilihat sebagai satu laporan palsu.

Malah,artikel bertajuk 'Br1MLess' yang disiarkan di portal berita Rakyat Times pada 24 Februari  ini dilihat sebagai satu percubaan untuk memperlekehkan masyarakat India di Malaysia.

Menerusi tinjauan di lokasi kejadian, ianya terbukti bahawa keluarga ini bukan merupakan warganegara Malaysia akan tetapi menetap di Sri Lanka.

Laporan portal pro pembangkang ini juga mendakwa terdapat sebuah keluarga yang tinggal di kawasan setinggan sekitar Jalan Air Panas dekat Setapak terpinggir dari menikmati kemudahan itu berikutan tiada kad pengenalan diri yang sah. [LIHAT ARTIKEL DI SINI]
alt

Penulis berkenaan turut menggambarkan kedaifan hidup yang dialami keluarga ini sehinggakan ada di antara seorang anak dari ahli keluarga tersebut tidak bersekolah berikutan kesempitan hidup dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Namun, kebanyakan penduduk sekitar lokasi kejadian menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

Menurut seorang penduduk yang menetap hampir 40 tahun di situ yang juga memiliki bengkel membaiki kenderaan, John, 64, beliau menafikan bahawa keluarga terbabit adalah warganegara Malaysia, sebaliknya merupakan pendatang asing dari Sri Lanka.
Rakyat News

"Mereka dari Sri Lanka dan rumah yang ditunjukkan dalam gambar ini adalah rumah lama, lebih dari 3 tahun yang lepas.

"Wanita ini tidak bekerja dan anak-anaknya masih bersekolah pada ketika itu, termasuk seorang anak angkatnya," katanya kepada wartawan Rakyat News di sini, hari ini.
alt

Penulis artikel di laman portal itu turut mendakwa keluarga berkenaan menyara hidup dengan mengutip sampah di kawasan pelupusan sampah berdekatan tempat tinggal mereka untuk dijual di pusat kitar semula.

Akan tetapi, mengikut kenyataan John, ianya adalah bercanggah sama sekali dan mendakwa keluarga berkenaan sering meminta wang ketika terserempak dengan penduduk sekitar.

"Selalunya dia minta wang sebanyak RM 1, RM2, RM3 hingga RM10, dan kadang-kadang hingga RM10," katanya.
alt

Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai dakwaan penulis di portal berita Rakyat Times mengenai pemberian BR1M, pengusaha bengkel itu turut menyelar tindakan penulis yang mempersoal tindakan kerajaan yang seolah-olah tidak prihatin dengan golongan setinggan dan meminta agar tidak mempercayai kata-kata golongan terbabit.

"Pasti kerajaan ada tolong mereka, tapi, kita tidak boleh percaya dengan kata-kata mereka, kadang-kadang mereka dapat bantuan, tapi bila ditanya, mereka menafikannya.

"Gambar ini dah tersebar ke merata tempat, mustahil tiada yang datang menyalurkan bantuan jika ianya memang benar berlaku," ujar John.
alt

Beliau mendakwa gambar yang di siarkan dalam laporan tersebut adalah gambar-gambar yang telah lama dirakam malah ianya terbukti seolah-olah dilakonkan di hadapan lensa kamera bagi meraih simpati.

Justeru itu, pihak kerajaan terutamanya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia disaran agar memandang serius sekaligus mengambil tindakan wajar terhadap laporan palsu sebegini yang dikhuatiri akan mengundang persepsi negatif di kalangan rakyat.

Laporan ini dilihat sebagai satu percubaan memanipulasi usaha keras kerajaan dalam membantu rakyat.

Rang Undang-Undang GST 2014 Dibentang 10 Mac ini

alt

KUALA LUMPUR 26 Feb - Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014 akan dibentangkan pada mesyuarat pertama, penggal kedua Dewan Rakyat, yang bersidang mulai 10 Mac.

Menurut Kementerian Kewangan, proses penyediaan draf rang undang-undang itu kini di peringkat akhir dan sedang disemak oleh Peguam Negara.

Kerajaan perlu bentangkan rang undang-undang tersebut di Parlimen tahun ini juga kerana jika tidak, GST tidak dapat dilaksanakan tahun depan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dijangka membentangkan rang undang-undang itu bagi bacaan kali pertama, kedua dan ketiga.

Pembentangan tersebut turut dijangka akan didebatkan oleh semua ahli Parlimen.

Pada Oktober lepas, semasa pembentangan Belanjawan 2014 di Parlimen, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelaksanaan GST berkuat kuasa 1 April 2015 pada kadar enam peratus, menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sebanyak 16 peratus.
KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014 akan di bentangkan pada mesyuarat pertama, penggal kedua Dewan Rakyat, yang bersidang mulai 10 Mac.

Menurut Kementerian Kewangan, proses penyediaan draf rang undang-undang itu kini di peringkat akhir dan sedang disemak oleh Peguam Negara.

Kerajaan perlu bentangkan rang undang-undang tersebut di Parlimen tahun ini juga kerana jika tidak, GST tidak dapat dilaksanakan tahun depan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dijangka membentangkan rang undang-undang itu bagi bacaan kali pertama, kedua dan ketiga.

Pembentangan tersebut turut dijangka akan didebatkan oleh semua ahli Parlimen.

Pada Oktober lepas, semasa pembentangan Belanjawan 2014 di Parlimen, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelaksanaan GST berkuat kuasa 1 April 2015 pada kadar enam peratus, menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sebanyak 16 peratus.

Samsung Galaxy S5 Ikon Gajet Popular

alt
 
BARCELONA 26 Feb - Samsung Electronics Co, gergasi elektronik berpangkalan di Korea Selatan mengorak langkah lebih jauh dalam saingan industri telefon pintar dengan menterjemah semula inovasi teknologi insan menerusi generasi kelima siri telefon pintar popular, Samsung Galaxy S5.
 
Presiden merangkap Ketua Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Mudah Alih Samsung, JK Shin berkata, S5 direka khusus untuk memenuhi keperluan sebenar pengguna tanpa mengabaikan ciri-ciri asas yang menobatkan siri gajet berkenaan sebagai salah satu peranti paling popular di dunia.
 
“Pengguna mahukan peranti yang boleh membawa penambahbaikan kepada kehidupan seharian. Galaxy S5 bukan saja ikon gajet dunia tetapi juga didatangkan dengan ciri-ciri khas sebagai nilai tambah untuk pengalaman peranti pintar yang mesra kehidupan,” katanya ketika melancarkan S5 di Mobile World Congress 2014, kelmarin.
 
Gajet terbaharu yang dilancarkan kurang setahun daripada generasi sebelumnya iaitu S4, menawarkan pengalaman tersendiri dengan inovasi terkini, sekali gus memudahkan kehidupan seharian. 
 
Katanya S5 menggabungkan sistem kamera canggih dengan rangkaian hubungan pantas, aplikasi kesihatan terunggul dan ciri keselamatan terkini menggunakan teknologi Samsung Knox.
 
“Pengguna tidak mahu teknologi yang terlalu kompleks dan rumit. Mereka mahu kamera yang ringkas tapi mempunyai keupayaan tinggi,” jelasnya.
 
S5 dilengkapi kamera beresolusi 16 megapiksel, serta sistem fokus automatik terpantas di dunia sehingga 0.3 saat selain menaik taraf kualiti High Dynamic Range (HDR) untuk menghasilkan pencahayaan serta warna yang lebih terang. 
 
Dikuasai sistem operasi Android 4.4.2 Kitkat dengan pemproses Empat Teras 2.5GHz serta skrin Super AMOLED 5.1 inci, S5 menyokong paparan definisi tinggi (full HD).

Kerajaan Selangor Akhirnya Setuju Bina Loji Langat 2

alt
 
PUTRAJAYA 26 Feb - Kerajaan Persekutuan dan Selangor sebentar tadi memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi penstrukturan semula industri air negeri itu. 
 
Kerajaan Persekutuan diwakili Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
 
Majlis itu telah berlangsung di Bangunan Perdana Putra dan disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 
 
Antara lain, MoU itu memberi laluan kepada pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang tertangguh sejak beberapa tahun lalu.
 
Sebelum ini, projek Langat 2 yang dilaksanakan kerajaan Pusat untuk menangani krisis bekalan air di Lembah Klang dan Putrajaya itu terpaksa ditangguhkan berikutan tindakan kerajaan negeri yang dilaporkan enggan memberikan kelulusan perintah pembangunan (DO).
 
Malah, Abdul Khalid menerusi laporan akhbar pada 31 Ogos 2010 menyatakan pembinaan loji berkenaan tidak perlu dibuat secara terburu-buru berbanding penyusunan semula industri perkhidmatan air di negeri ini yang perlu diberikan keutamaan.
 
Pada 8 Ogos 2010, Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai isu air Selangor yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tekad untuk meneruskan projek itu demi menjaga kebajikan pengguna. 
 
Bagaimanapun, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, enggan meluluskan Langat 2 sebelum isu itu dipolitikkan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO)

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.