Samsung Galaxy S5 Ikon Gajet Popular

alt
 
BARCELONA 26 Feb - Samsung Electronics Co, gergasi elektronik berpangkalan di Korea Selatan mengorak langkah lebih jauh dalam saingan industri telefon pintar dengan menterjemah semula inovasi teknologi insan menerusi generasi kelima siri telefon pintar popular, Samsung Galaxy S5.
 
Presiden merangkap Ketua Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Mudah Alih Samsung, JK Shin berkata, S5 direka khusus untuk memenuhi keperluan sebenar pengguna tanpa mengabaikan ciri-ciri asas yang menobatkan siri gajet berkenaan sebagai salah satu peranti paling popular di dunia.
 
“Pengguna mahukan peranti yang boleh membawa penambahbaikan kepada kehidupan seharian. Galaxy S5 bukan saja ikon gajet dunia tetapi juga didatangkan dengan ciri-ciri khas sebagai nilai tambah untuk pengalaman peranti pintar yang mesra kehidupan,” katanya ketika melancarkan S5 di Mobile World Congress 2014, kelmarin.
 
Gajet terbaharu yang dilancarkan kurang setahun daripada generasi sebelumnya iaitu S4, menawarkan pengalaman tersendiri dengan inovasi terkini, sekali gus memudahkan kehidupan seharian. 
 
Katanya S5 menggabungkan sistem kamera canggih dengan rangkaian hubungan pantas, aplikasi kesihatan terunggul dan ciri keselamatan terkini menggunakan teknologi Samsung Knox.
 
“Pengguna tidak mahu teknologi yang terlalu kompleks dan rumit. Mereka mahu kamera yang ringkas tapi mempunyai keupayaan tinggi,” jelasnya.
 
S5 dilengkapi kamera beresolusi 16 megapiksel, serta sistem fokus automatik terpantas di dunia sehingga 0.3 saat selain menaik taraf kualiti High Dynamic Range (HDR) untuk menghasilkan pencahayaan serta warna yang lebih terang. 
 
Dikuasai sistem operasi Android 4.4.2 Kitkat dengan pemproses Empat Teras 2.5GHz serta skrin Super AMOLED 5.1 inci, S5 menyokong paparan definisi tinggi (full HD).

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.