Laporan Palsu Hina Taraf Hidup Kaum India di Malaysia

       
              

alt

KUALA LUMPUR 25 Feb - Tindakan sebuah portal berita menyiarkan satu artikel berkenaan kisah sebuah keluarga kononnya warganegara Malaysia yang kesempitan hidup dilihat sebagai satu laporan palsu.

Malah,artikel bertajuk 'Br1MLess' yang disiarkan di portal berita Rakyat Times pada 24 Februari  ini dilihat sebagai satu percubaan untuk memperlekehkan masyarakat India di Malaysia.

Menerusi tinjauan di lokasi kejadian, ianya terbukti bahawa keluarga ini bukan merupakan warganegara Malaysia akan tetapi menetap di Sri Lanka.

Laporan portal pro pembangkang ini juga mendakwa terdapat sebuah keluarga yang tinggal di kawasan setinggan sekitar Jalan Air Panas dekat Setapak terpinggir dari menikmati kemudahan itu berikutan tiada kad pengenalan diri yang sah. [LIHAT ARTIKEL DI SINI]
alt

Penulis berkenaan turut menggambarkan kedaifan hidup yang dialami keluarga ini sehinggakan ada di antara seorang anak dari ahli keluarga tersebut tidak bersekolah berikutan kesempitan hidup dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Namun, kebanyakan penduduk sekitar lokasi kejadian menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

Menurut seorang penduduk yang menetap hampir 40 tahun di situ yang juga memiliki bengkel membaiki kenderaan, John, 64, beliau menafikan bahawa keluarga terbabit adalah warganegara Malaysia, sebaliknya merupakan pendatang asing dari Sri Lanka.
Rakyat News

"Mereka dari Sri Lanka dan rumah yang ditunjukkan dalam gambar ini adalah rumah lama, lebih dari 3 tahun yang lepas.

"Wanita ini tidak bekerja dan anak-anaknya masih bersekolah pada ketika itu, termasuk seorang anak angkatnya," katanya kepada wartawan Rakyat News di sini, hari ini.
alt

Penulis artikel di laman portal itu turut mendakwa keluarga berkenaan menyara hidup dengan mengutip sampah di kawasan pelupusan sampah berdekatan tempat tinggal mereka untuk dijual di pusat kitar semula.

Akan tetapi, mengikut kenyataan John, ianya adalah bercanggah sama sekali dan mendakwa keluarga berkenaan sering meminta wang ketika terserempak dengan penduduk sekitar.

"Selalunya dia minta wang sebanyak RM 1, RM2, RM3 hingga RM10, dan kadang-kadang hingga RM10," katanya.
alt

Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai dakwaan penulis di portal berita Rakyat Times mengenai pemberian BR1M, pengusaha bengkel itu turut menyelar tindakan penulis yang mempersoal tindakan kerajaan yang seolah-olah tidak prihatin dengan golongan setinggan dan meminta agar tidak mempercayai kata-kata golongan terbabit.

"Pasti kerajaan ada tolong mereka, tapi, kita tidak boleh percaya dengan kata-kata mereka, kadang-kadang mereka dapat bantuan, tapi bila ditanya, mereka menafikannya.

"Gambar ini dah tersebar ke merata tempat, mustahil tiada yang datang menyalurkan bantuan jika ianya memang benar berlaku," ujar John.
alt

Beliau mendakwa gambar yang di siarkan dalam laporan tersebut adalah gambar-gambar yang telah lama dirakam malah ianya terbukti seolah-olah dilakonkan di hadapan lensa kamera bagi meraih simpati.

Justeru itu, pihak kerajaan terutamanya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia disaran agar memandang serius sekaligus mengambil tindakan wajar terhadap laporan palsu sebegini yang dikhuatiri akan mengundang persepsi negatif di kalangan rakyat.

Laporan ini dilihat sebagai satu percubaan memanipulasi usaha keras kerajaan dalam membantu rakyat.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.