Nenek Rasis: Guan Eng Biadap, Perlu Minta Maaf

alt
 
GEORGETOWN 10 Dis - Ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang Datuk Jahara Abdul Hamid menyifatkan kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang melabelnya "racist grandmother" atau nenek rasis sebagai biadab dan tidak sopan.
 
Beliau yang sangat kecewa dengan label itu mahu Ketua Menteri memohon maaf dengan serta-merta dalam persidangan Dun.
 
"Guan Eng tidak sepatutnya merendah kaum wanita dan perkataan itu tidak seharusnya keluar dari mulut seorang Ketua Menteri.
 
"Itu adalah satu penghinaan kepada semua wanita di dunia ini dan saya mahu Guan Eng memohon maaf," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
 
Dalam laporan akhbar hari ini, Guan Eng telah melabel Jahara sebagai seorang nenek rasis kerana membawa isu perobohan gerai-gerai makanan tidak berlesen yang didakwa dilaksanakan secara tidak adil dalam persidangan Dun semalam.
 
Sementara itu, Jahara berkata kerajaan negeri pimpinan DAP telah bersikap "berat sebelah" dengan perbezaan layanan dalam  meroboh gerai-gerai makanan tanpa lesen di negeri ini. 
 
Katanya, terdapat empat restoran "makanan laut" yang besar telah beroperasi di tanah milik kerajaan negeri di Jalan Bagan Ajam yang berada tepi pantai namun tiada tindakan perobohan dilakukan.
 
"Restoran seafood berkenaan dibina dengan konkrit tetapi hanya diberi kompaun setahun sekali sebaliknya seorang makcik yang berniaga di depan rumahnya di Persiaran Gurney, gerainya telah diroboh tanpa diberi sebarang notis minggu lepas," katanya.
 
Beliau berkata keempat-empat restoran makan laut itu dibina di satu bangunan kekal tetapi mereka hanya dikenakan kompaun.
 
"Ini satu tindakan yang tidak telus dan kurang adil dan saya berharap Guan Eng dapat memberikan penjelasan yang munasabah,"  katanya. 

"Ada Juga Sumbangan Isteri Saya Kepada Rakyat" - Najib

alt
 
KUALA LUMPUR 7 Dis - Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini untuk pertama kalinya menceritakan kepada para hadirin berhubung sumbangan yang telah dilakukan oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
 
Najib yang juga merupakan Perdana Menteri tidak menafikan dalam bidang politik pembangkang akan 'serang' isterinya jika tidak mampu untuk menyerang dirinya.
 
"Saya nak beritahu, sebab kadang-kadang dalam politik ni, kalau tak kena pada saya, dia tembak isteri saya.Saya nak beritahu bahawa, ada juga peranan dimainkan oleh isteri saya untuk bantu rakyat ini.
 
"Kalau nak terang mengenai program Permata...kita semua dah tahu mengenai program Permata. Terima kasih kepada perwakilan kerana nak tambahkan program Permata," katanya ketika menyampaikan Ucapan Penggulungan Presiden Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
 
Menurut Najib, terdapat dua jasa yang telah dilakukan oleh isterinya yang tidak pernah diterang dan dimaklumkan olehnya kepada orang ramai sebelum ini.
 
"Pertama, pada dua tahun lalu, perwakilan kita telah disalah anggap oleh kerajaan Mesir sebagai seorang spy (perisik) dan dia telah ditahan, dipenjarakan. Saya minta isteri saya hubungi isteri kepada Presiden Mesir, Suzanne Mubarak (ketika itu Hosni Mubarak berkuasa) untuk merayu supaya membenarkan dia dibebaskan. Tidak sampai dua jam, dia dapat dibebaskan.
 
"Kedua, ketika Ops Piramid berjalan. Kita nak bawa pelajar kita dari Mesir balik,tidak cukup penerbangan dan kita terpaksa meminta supaya kerajaan Arab Saudi membenarkan pelajar kita menaiki pesawat Charlie untuk turun di Jeddah dan pulang ke Kuala Lumpur tanpa visa. Satu permintaan yang sukar diberikan oleh kerajaan Arab Saudi. Tapi kerana networking dengan kerajaan diraja yang diusahakan oleh isteri saya, mereka benarkan pelajar kita (pulang). Malah, dua penerbangan Jumbo 747 secara percuma telah diaturkan oleh mereka secara percuma," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh daripada para perwakilan yang berada di dalan dewan.
 
"Inilah yang saya nak terangkan...ada juga sumbangan oleh isteri saya kepada rakyat Malaysia," katanya yang menggamatkan dewan dengan gelak tawa para perwakilan.
 

"Ada Juga Sumbangan Isteri Saya Kepada Rakyat" - Najib

alt
 
KUALA LUMPUR 7 Dis - Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini untuk pertama kalinya menceritakan kepada para hadirin berhubung sumbangan yang telah dilakukan oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
 
Najib yang juga merupakan Perdana Menteri tidak menafikan dalam bidang politik pembangkang akan 'serang' isterinya jika tidak mampu untuk menyerang dirinya.
 
"Saya nak beritahu, sebab kadang-kadang dalam politik ni, kalau tak kena pada saya, dia tembak isteri saya.Saya nak beritahu bahawa, ada juga peranan dimainkan oleh isteri saya untuk bantu rakyat ini.
 
"Kalau nak terang mengenai program Permata...kita semua dah tahu mengenai program Permata. Terima kasih kepada perwakilan kerana nak tambahkan program Permata," katanya ketika menyampaikan Ucapan Penggulungan Presiden Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
 
Menurut Najib, terdapat dua jasa yang telah dilakukan oleh isterinya yang tidak pernah diterang dan dimaklumkan olehnya kepada orang ramai sebelum ini.
 
"Pertama, pada dua tahun lalu, perwakilan kita telah disalah anggap oleh kerajaan Mesir sebagai seorang spy (perisik) dan dia telah ditahan, dipenjarakan. Saya minta isteri saya hubungi isteri kepada Presiden Mesir, Suzanne Mubarak (ketika itu Hosni Mubarak berkuasa) untuk merayu supaya membenarkan dia dibebaskan. Tidak sampai dua jam, dia dapat dibebaskan.
 
"Kedua, ketika Ops Piramid berjalan. Kita nak bawa pelajar kita dari Mesir balik,tidak cukup penerbangan dan kita terpaksa meminta supaya kerajaan Arab Saudi membenarkan pelajar kita menaiki pesawat Charlie untuk turun di Jeddah dan pulang ke Kuala Lumpur tanpa visa. Satu permintaan yang sukar diberikan oleh kerajaan Arab Saudi. Tapi kerana networking dengan kerajaan diraja yang diusahakan oleh isteri saya, mereka benarkan pelajar kita (pulang). Malah, dua penerbangan Jumbo 747 secara percuma telah diaturkan oleh mereka secara percuma," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh daripada para perwakilan yang berada di dalan dewan.
 
"Inilah yang saya nak terangkan...ada juga sumbangan oleh isteri saya kepada rakyat Malaysia," katanya yang menggamatkan dewan dengan gelak tawa para perwakilan.
 

Najib Komited Zahirkan Tuntutan Melayu & Bumiputera

alt
 
 
KUALA LUMPUR 7 Dis - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata beliau berasa amat komited dalam menzahirkan tuntutan dari Bumiputera supaya agenda Pemerkasaan Ekonomi segera dilaksanakan.
 
Najib menegaskan bahawa agenda Bumiputera ini merupakan salah satu agenda nasional dan pimpinan tertinggi parti telah bermesyuarat serta mengadakan perjumpaan dengan semua Ketua Eksekutif Syarikat Berkaitan Kerajaan dalam usaha merealisasikannya.
 
"Sebagai usaha untuk memperlihatkan kesungguhan kita (kerajaan) dalam melaksanakan agenda ini, maka kita akan meletakkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) pada setiap sequel syarikat berkaitan kerajaan.
 
"Saya dan rakan - rakan akan memantau dan melihat laporan akhir tahun setiap syarikat berkenaan," kata Najib.
 
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Penggulungan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.
 
Turut hadir Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, naib - naib Timbalan Presiden UMNO, Ketua Pergerakan Wanita, Putera, Puteri UMNO dan para perwakilan.   
 
Sementara itu, Najib turut mengatakan bahawa demi menjaga keadilan sosial dan kestabilan jangka panjang, ekonomi dan kedudukan orang melayu dan bumiputera haruslah dipertingkatkan. 
 
"Jangan menjadi terlalu pemaaf, ini adalah hak kita, kita tidak pernah menafikan hak dan meminggirkan bangsa lain. 
 
"Ini membuktikan bahawa kerajaan pimpinan UMNO adalah sebuah kerajaan yang sangat adil dan saksama terhadap semua kaum," kata Najib.

Najib Umum Bantuan RM500 Setiap Keluarga Mangsa Banjir

alt
 
KUALA LUMPUR 7 Dis -  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bantuan kewangan RM500 diberikan kepada setiap keluarga yang terlibat dengan musibah banjir.
 
Menurut Najib,beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pekan memahami nasib mangsa kerana beliau juga pernah mengalami nasib sebegitu.
 
"Sebagai tanda keprihatinan kerajaan, saya faham bila kena banjir sebab saya ahli Parlimen (Pekan) kawasan yang selalu kena banjir. Saya tahu susah payah, penderitaan mereka.
 
"Sebagai tanda kasih dan prihatin kerajaan maka saya nak umumkan pembayaran RM500 kepada setiap keluarga yang terlibat banjir," katanya dalam ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam.
 
Najib, yang juga Menteri Kewangan, turut menyarankan semua bank di negara ini untuk membenarkan mangsa-mangsa banjir menangguhkan sementara bayaran balik pinjaman mereka.
 
"Saya mengalu-alukan cadangan malah langkah pertama dan dibuat oleh Malayan Banking supaya (bayaran balik) hutang bank bagi mangsa banjir ditangguhkan sementara.
 
"Saya sebagai Menteri Kewangan sarankan semua bank mengikut langkah menangguhkan bayaran balik untuk sementara waktu," katanya.
 
Presiden Umno itu melahirkan rasa simpati kepada rakyat Malaysia yang berdepan dengan masalah banjir khususnya di negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung.
 
"Timbalan perdana menteri dah turun melawat dan sebagai pengerusi jawatankuasa banjir negara telah mengeluarkan arahan yang tegas kepada semua jabatan, agensi kerajaan bantu mangsa banjir dengan bersungguh-sungguh," katanya.

UMNO Tidak Bersifat Perkauman

alt
 
KUALA LUMPUR 8 Dis - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa, UMNO tidak pernah bersikap perkauman malah adil kepada semua kaum di negara ini.
 
Najib yang juga Presiden UMNO berkata, demi keseimbangan sosial dan keadilan jangka panjang bersama kaum lain, orang Melayu dan Bumiputera mesti dipertingkatkan kedudukan mereka.
 
"UMNO bukan rasis, UMNO tidak pernah rasis. UMNO sentiasa bersikap adil kepada semua.
 
"Dan kita hendak mereka (kaum lain) untuk sama-sama dengan kita... Cina, India, Kadazan, Iban dan semua (kaum) untuk sama-sama dengan kita tetapi kepimpinan negara ini diterajui UMNO untuk memberi keadilan," katanya pada ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu.
 
Sehubungan itu, Najib meminta supaya tiada pihak yang menunding jari kepada UMNO sebagai rasis.
 
"Bila masa kita laksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB), adakah mereka (kaum bukan Melayu) terpinggir, adakah rezeki terputus? Terbukti bahawa UMNO adil kepada semua kaum,"ujarnya

Mayat Lelaki Bogel ditemui di Bukit Mertajam

alt

BUKIT MERTAJAM 10 Dis - Misteri bau busuk di kawasan berdekatan Kuari Weng Lee, Berapit di sini terjawab dengan penemuan mayat seorang lelaki yang telah kembung hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Abd Lah berkata, mayat lelaki berbogel dan dibalut selimut putih itu ditemui pada 10.35 pagi oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan.

"Berdasarkan keadaan mayat itu, lelaki berkenaan dipercayai telah dibunuh di tempat lain sebelum dibuang di tepi semak kawasan itu.

"Orang awam yang tidak tahan dengan bau busuk telah membuka bungkusan itu dan terkejut mendapati mayat seorang lelaki dengan keadaan kaki dan tangannya terikat.

"Mereka kemudian memaklumkan penemuan itu kepada polis dan siasatan awal mendapati mangsa telah mati sejak beberapa hari lepas dipercayai dibunuh," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azman berkata polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri dan mayat itu dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk dibedah siasat.

Orang ramai yang kehilangan anggota keluarga boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.

Teman Wanita 'Gila Shopping' Lelaki Bunuh Diri,

alt
 
CHINA 10 Dis -  Seseorang lelaki maut apabila terjun di sebuah pusat membeli-belah gara-gara berang dengan teman wanitanya yang mendesak mangsa untuk memasuki pelbagai kedai pakaian disana.
 
Rakaman CCTV menunjukkan Tao Hsiao, 38, mengekori teman wanitanya di sekitar pusat membeli-belah yang terletak di Xuzhou, Jiangsu, wilayah Timur China.
 
Selepas lima jam menemani teman wanitanya membeli-belah, Tao akhirnya merasa sudah cukup dan mengajak pulang ke rumah.
 
Menurut saksi kejadian, lelaki tersebut berkata, mereka sudah membawa banyak beg (selepas membeli-belah), namun teman wanitanya mendesak untuk berkunjung ke sebuah kedai kasut kerana terdapat tawaran harga istimewa.
 
Tao memberitahu kepada teman wanitanya bahawa koleksi kasut yang dimilikinya sudah terlalu banyak untuk dipakai, dan membazir sekiranya masih ingin membeli lagi.
 
"Dia (teman wanita) mula menjerit kepada kekasihnya dengan menuduh teman lelakinya sebagai seorang yang kedekut dan telah merosakkan kegembiraan menyambut Krismas, dan ianya suatu pertengkaran yang sangat panas"
 
Pertengkaran berakhir apabila lelaki itu mencampak beg ke lantai dan melompak dari atas balkoni. Tindakan itu menyebakan hiasan Krismas hancur sebelum mangsa jatuh ke lantai dan mengakibatkan pembeli lari berkeliaran ekoran terkejut.
 
Tao didapati meninggal dunia serta-merta sejurus kejadian akibat kesan terjatuh daripada balkoni tersebut.

Banjir: Najib Umum Khazanah Sumbang RM10 Juta

alt
 
NUSAJAYA 10 Dis - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) akan menyumbang RM10 juta untuk bantuan dan usaha pemulihan akibat banjir.
 
Najib yang merupakan Pengerusi Khazanah berkata, sumbangan berkenaan juga bertujuan membantu mereka yang menghadapi musibah akibat bencana alam itu.
 
"Khazanah terus menunjukkan prestasi yang menggalakkan dan sebagai satu pengumuman, Khazanah bersetuju untuk memberikan sumbangan RM10 juta untuk usaha menolong dan memulih mereka yang terlibat," katanya semasa berucap merasmikan pembukaan Hotel Traders Puteri Harbour dan Legoland Resort Malaysia, di sini.
 
Terdahulu, Perdana Menteri yang diiringi Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional, Tan Sri Mohamed Nor Yakcop dan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Tan Sri Azman Mokhtar, mempengerusikan mesyuarat ke-69 Lembaga Pengarah Khazanah Nasional di Hotel Traders.
 
Najib turut melahirkan keyakinan Khazanah akan terus maju dalam pelbagai pembangunan yang diusahakan dan pelbagai tarikan lain akan diumumkan dari semasa ke semasa.
 
Sementara itu, Khazanah menerusi satu kenyataan berkata RM10 juta berkenaan sebagai memperluas usaha bantuan, pemulihan dan persiapan di negeri-negeri yang dilanda banjir.
 
"Sumbangan itu memfokuskan bantuan banjir, pemulihan serta persediaan menghadapi gelombang baharu dalam masa terdekat dan kedua ia digunakan untuk menyokong inisiatif bagi memastikan persiapan yang mantap untuk jangka sederhana dan panjang".
 
Menurut kenyataan itu, sumbangan tersebut adalah kesinambungan kepada usaha berterusan beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang merupakan syarikat pelaburan Khazanah.
 
Khazanah akan bekerjasama dengan Majli

Zahid : Permohonan Pasport Kini Dipermudahkan

alt

PUTRAJAYA 10 Dis -  Rakyat Malaysia yang memohon pasport antarabangsa, penyambungan pasport dan gantian pasport tidak perlu lagi menyertakan gambar berukuran pasport dengan permohonan mereka mulai 1 Mac tahun depan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mereka perlu datang ke kaunter pendaftaran hanya membawa diri saja dan ianya merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia.

"Mereka (rakyat Malaysia) hanya perlu membawa diri mereka ke kaunter , di mana gambar mereka akan diambil kaunter tampa sebarang pembayaran," katanya pada sidang media di Jabatan Imigresen Malaysia Putrajaya hari ini.

Sementara itu Zahid turut mengumumkan penambahan senjata api kepada Jabatan Imigresen Malaysia bagi melakukan penguatkuasaan.

"Kita hanya akan berikan berdasarkan jawatan mereka dan kita akan tentukan intergriti mereka supaya tidak berlaku penyalahgunaan.

"Kementerian akan pastikan bahawa senjata itu mestilah diberikan kepada mereka yang telah mendapat latihan terlebih dahulu," katanya.

Terdahulu, Zahid turut merasmikan majlis Sempena Hari Imigresen 2013 di jabatan itu yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Dato Alias Haji Ahmad dan duta-duta 'Your Excellencies And Representatives From Foreign Mission'.

Pendedahan Zahid: Mat Sabu Tidak Gentar

alt
 
 
KUALA LUMPUR 10 Dis - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tidak gentar dengan pendedahan yang akan dilakukan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung 'pemimpin kedua' Pas yang didakwa terlibat dengan syiah.
 
Memetik laporan The Malaysian Insider, Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu itu berkata, peguamnya masih lagi menkaji tindakan yang akan diambil dan menunggu pendedahan Ahmad Zahid.
 
"Peguam masih lagi kaji tindakan susulan yang akan dilakukan. Kita tunggu dulu pendedahan dia,” katanya yang merujuk kepada Ahmad Zahid.
 
Tambah Mat Sabu, beliau juga sudah biasa dengan tuduhan seperti itu dan tidak kisah jika terpaksa menghabiskan sisa hidup dengan turun naik mahkamah.
 
“Umur saya sudah 59, kalau terpaksa habiskan sisa-sisa hidup saya naik turun mahkamah dan masuk penjara, saya akan hadapi,” katanya.
 
Semalam,Ahmad Zahid berkata akan mendedahkan bukti kepada umum berhubung pemimpin nombor dua pas yang menjadi pengikut ajaran Syiah.
 
Ahmad Zahid akan tampil dengan bukti yang kukuh bagi mengesahkan dakwaan tersebut walaupun bakal berdepan dengan tindakan undang-undang dan menegaskan tidak akan berganjak dengan kenyataannya terhadap 'pemimpin No.2 PAS' adalah pengikut ajaran Syiah.
 
Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden UMNO berkata, beliau mempunyai bukti mengenai perkara tersebut dan berjanji akan mendedahkannya pada satu sidang media yang akan diadakan kementerian itu dalam tempoh terdekat.
 
"Dalam Islam, kita tidak boleh mempunyai mazhab lain kerana ia akan menyebabkan perpecahan di kalangan masyarakat Islam.
 
"Saya tidak mahu apa yang berlaku (perang saudara) di negara lain juga berlaku di Malaysia," katanya
 
Sabtu lalu dalam ucapannya ketika penggulungan Perhimpunan Agung UMNO, Zahid Hamidi mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya mengambil tindakan terhadap 'pemimpin No.2 PAS', yang didakwa menjadi pengikut Syiah.uan Islam Malaysia (Jakim) supaya mengambil tindakan terhadap 'pemimpin No.2 PAS', yang didakwa menjadi pengikut Syiah.

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.