"Ada Juga Sumbangan Isteri Saya Kepada Rakyat" - Najib

alt
 
KUALA LUMPUR 7 Dis - Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini untuk pertama kalinya menceritakan kepada para hadirin berhubung sumbangan yang telah dilakukan oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
 
Najib yang juga merupakan Perdana Menteri tidak menafikan dalam bidang politik pembangkang akan 'serang' isterinya jika tidak mampu untuk menyerang dirinya.
 
"Saya nak beritahu, sebab kadang-kadang dalam politik ni, kalau tak kena pada saya, dia tembak isteri saya.Saya nak beritahu bahawa, ada juga peranan dimainkan oleh isteri saya untuk bantu rakyat ini.
 
"Kalau nak terang mengenai program Permata...kita semua dah tahu mengenai program Permata. Terima kasih kepada perwakilan kerana nak tambahkan program Permata," katanya ketika menyampaikan Ucapan Penggulungan Presiden Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
 
Menurut Najib, terdapat dua jasa yang telah dilakukan oleh isterinya yang tidak pernah diterang dan dimaklumkan olehnya kepada orang ramai sebelum ini.
 
"Pertama, pada dua tahun lalu, perwakilan kita telah disalah anggap oleh kerajaan Mesir sebagai seorang spy (perisik) dan dia telah ditahan, dipenjarakan. Saya minta isteri saya hubungi isteri kepada Presiden Mesir, Suzanne Mubarak (ketika itu Hosni Mubarak berkuasa) untuk merayu supaya membenarkan dia dibebaskan. Tidak sampai dua jam, dia dapat dibebaskan.
 
"Kedua, ketika Ops Piramid berjalan. Kita nak bawa pelajar kita dari Mesir balik,tidak cukup penerbangan dan kita terpaksa meminta supaya kerajaan Arab Saudi membenarkan pelajar kita menaiki pesawat Charlie untuk turun di Jeddah dan pulang ke Kuala Lumpur tanpa visa. Satu permintaan yang sukar diberikan oleh kerajaan Arab Saudi. Tapi kerana networking dengan kerajaan diraja yang diusahakan oleh isteri saya, mereka benarkan pelajar kita (pulang). Malah, dua penerbangan Jumbo 747 secara percuma telah diaturkan oleh mereka secara percuma," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh daripada para perwakilan yang berada di dalan dewan.
 
"Inilah yang saya nak terangkan...ada juga sumbangan oleh isteri saya kepada rakyat Malaysia," katanya yang menggamatkan dewan dengan gelak tawa para perwakilan.
 

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.