KUALA LUMPUR 7 Dis - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata beliau berasa amat komited dalam menzahirkan tuntutan dari Bumiputera supaya agenda Pemerkasaan Ekonomi segera dilaksanakan.
Najib menegaskan bahawa agenda Bumiputera ini merupakan salah satu agenda nasional dan pimpinan tertinggi parti telah bermesyuarat serta mengadakan perjumpaan dengan semua Ketua Eksekutif Syarikat Berkaitan Kerajaan dalam usaha merealisasikannya.
"Sebagai usaha untuk memperlihatkan kesungguhan kita (kerajaan) dalam melaksanakan agenda ini, maka kita akan meletakkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) pada setiap sequel syarikat berkaitan kerajaan.
"Saya dan rakan - rakan akan memantau dan melihat laporan akhir tahun setiap syarikat berkenaan," kata Najib.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Penggulungan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, naib - naib Timbalan Presiden UMNO, Ketua Pergerakan Wanita, Putera, Puteri UMNO dan para perwakilan.
Sementara itu, Najib turut mengatakan bahawa demi menjaga keadilan sosial dan kestabilan jangka panjang, ekonomi dan kedudukan orang melayu dan bumiputera haruslah dipertingkatkan.
"Jangan menjadi terlalu pemaaf, ini adalah hak kita, kita tidak pernah menafikan hak dan meminggirkan bangsa lain.
"Ini membuktikan bahawa kerajaan pimpinan UMNO adalah sebuah kerajaan yang sangat adil dan saksama terhadap semua kaum," kata Najib.
0 comments:
Post a Comment