Pendedahan Zahid: Mat Sabu Tidak Gentar

alt
 
 
KUALA LUMPUR 10 Dis - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tidak gentar dengan pendedahan yang akan dilakukan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung 'pemimpin kedua' Pas yang didakwa terlibat dengan syiah.
 
Memetik laporan The Malaysian Insider, Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu itu berkata, peguamnya masih lagi menkaji tindakan yang akan diambil dan menunggu pendedahan Ahmad Zahid.
 
"Peguam masih lagi kaji tindakan susulan yang akan dilakukan. Kita tunggu dulu pendedahan dia,” katanya yang merujuk kepada Ahmad Zahid.
 
Tambah Mat Sabu, beliau juga sudah biasa dengan tuduhan seperti itu dan tidak kisah jika terpaksa menghabiskan sisa hidup dengan turun naik mahkamah.
 
“Umur saya sudah 59, kalau terpaksa habiskan sisa-sisa hidup saya naik turun mahkamah dan masuk penjara, saya akan hadapi,” katanya.
 
Semalam,Ahmad Zahid berkata akan mendedahkan bukti kepada umum berhubung pemimpin nombor dua pas yang menjadi pengikut ajaran Syiah.
 
Ahmad Zahid akan tampil dengan bukti yang kukuh bagi mengesahkan dakwaan tersebut walaupun bakal berdepan dengan tindakan undang-undang dan menegaskan tidak akan berganjak dengan kenyataannya terhadap 'pemimpin No.2 PAS' adalah pengikut ajaran Syiah.
 
Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden UMNO berkata, beliau mempunyai bukti mengenai perkara tersebut dan berjanji akan mendedahkannya pada satu sidang media yang akan diadakan kementerian itu dalam tempoh terdekat.
 
"Dalam Islam, kita tidak boleh mempunyai mazhab lain kerana ia akan menyebabkan perpecahan di kalangan masyarakat Islam.
 
"Saya tidak mahu apa yang berlaku (perang saudara) di negara lain juga berlaku di Malaysia," katanya
 
Sabtu lalu dalam ucapannya ketika penggulungan Perhimpunan Agung UMNO, Zahid Hamidi mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya mengambil tindakan terhadap 'pemimpin No.2 PAS', yang didakwa menjadi pengikut Syiah.uan Islam Malaysia (Jakim) supaya mengambil tindakan terhadap 'pemimpin No.2 PAS', yang didakwa menjadi pengikut Syiah.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.