NAK BELI RUMAH ?







Morning all !!! Kita sebagai rakyat selalu tanya apa inisiatif kerajaan tapi tak selalu ambil perhatian. Hopefully lepas forum ni kita semua akan lebih memahami niat dan inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat.

Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) : 18th Nation Building Series yang akan diadakan pada hari Rabu, 29hb Januari 2014 untuk pendaftaran sila PM saya . Full Name * - I.C. Number - Mobile Number * - Email Address * - Address (as per IC) * .

KE 0102550205 

Anwar Ibrahim Ganti Khalid Ibrahim Jadi MB Selangor?

Anwar Ibrahim
PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipercayai bersetuju untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dalam masa terdekat.
Abdul Khalid dijangka akan mengumumkan keputusan berkenaan pada Rabu ini, demikian menurut sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Mereka berkata, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.
Satu pilihan raya kecil dijangka terpaksa diadakan bagi membolehkan Anwar menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor sebelum mengambil alih kedudukan tersebut.
Abdul Khalid yang kini berhadapan dengan tekanan kuat oleh partinya sendiri berhubung keputusannya dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan isu serbuan Jabatan Agama Islam (Jais) dikatakan bersetuju dengan perubahan itu selepas mengadakan mesyuarat dengan Anwar pada Ahad

Guru Cina Denda Murid Melayu Makan Rumput Ditukar ke Sekolah Lain

Rakyat News

KUALA LUMPUR, 27 Jan - Seorang guru sekolah rendah di Sungkai, Perak, yang mendenda dua murid dengan merotan serta mengepin loceng pada baju mereka dan mengkiaskannya seperti lembu berloceng makan rumput, Jumaat lepas, ditukar ke sekolah lain.

Selain itu, guru tersebut akan diberi surat amaran yang tegas kerana bertindak keterlaluan mendenda murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata hasil siasatan oleh Jabatan Pendidikan Perak mendapati tindakan guru berkenaan memberikan imej yang kurang baik kepada Kementerian Pendidikan.

Beliau berkata adalah tidak wajar guru berkenaan mendenda murid dengan sedemikian rupa yang boleh dianggap keterlaluan.

"Hal ini kerana murid berkenaan masih di peringkat sekolah rendah yang mana kaedah bimbingan adalah paling wajar dan sesuai," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Khair berkata isu murid tidak menyiapkan kerja sekolah bukan merupakan kesalahan disiplin kerana ia adalah sebahagian daripada proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan perlu ditangani menerusi bimbingan berterusan.

Dalam insiden di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng itu, guru Bahasa Inggeris itu mendenda dua murid tahun empat selepas mereka gagal menyiapkan kerja sekolah.

Tindakan guru lelaki berusia 26 tahun itu menyebabkan ibu kedua-dua murid tersebut membuat laporan di Balai Polis Sungkai, semalam.

Isu itu juga mengundang reaksi pelbagai pihak sehingga menyaksikan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Perak memberi kaunseling kepada murid terbabit bagi mengembalikan semula semangat mereka untuk ke sekolah esok.

Dua Pelajar Makan Rumput Kembali Semula Ke Sekolah

Rakyat News
SUNGKAI 27 Jan - Dua murid sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina di sini yang dihukum seperti lembu oleh guru Bahasa Inggeris mereka dengan digantungkan loceng dileher dan diberi rumput sebagai makanan hanya kerana gagal menyiapkan kerja sekolah kembali bersekolah seperti biasa pagi ini. 
 
Kedua-dua murid terbabit dihantar ibu masing-masing kira-kira jam 7 pagi tadi. 
 
Wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat juga dijangka datang menemui kedua-dua pelajar terbabit dan pentadbiran sekolah pada waktu rehat jam 10 pagi nanti. 
 
Sebelum ini, media melaporkan kejadian mengenai dua murid sebuah sekolah jenis kebangsaan di Sungkai yang didakwa diarah guru mereka memakai loceng di tengkuk dan mengunyah rumput sebagai hukuman.
 
Guru lelaki berusia 26 tahun yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris itu bukan sahaja menggelarkan Muhammad Nasvinder Muhammad Amit dan Mohd. Izat Iqbal Mohd. Harith, 10 tahun sebagai lembu malah turut mengugut akan memuat naik gambar mereka yang diambil menggunakan telefon bimbit di laman sosial Facebook.
 
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, empat orang murid gagal menyiapkan tugasan yang diberi namun guru terbabit hanya memberikan hukuman kepada kedua-dua mangsa.
 
Difahamkan, dua lagi murid lain tidak dikenakan denda kerana berpenyakit dan mempunyai surat sakit daripada doktor.
 
Empat murid tidak menyiapkan kerja sekolah iaitu dua daripada kaum Cina dan dua lagi murid beragama Islam yang diambil tindakan hanya dua pelajar Islam sahaja dua lagi tiada apa-apa tindakan.

Perkhidmatan Awam : MCA Jamin Peluang lebih Besar buat Kaum Cina

Rakyat News

KUALA LUMPUR, 27 Jan - Sebanyak 61 peratus kaum Cina yang memohon dan menghadiri temuduga dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) berjaya mendapat jawatan dalam perkhidmatan awam.

Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie berkata, statistik SPA menunjukkan peratusan tersebut adalah tertinggi berbanding kaum Melayu (30.28 peratus) dan 40.69 peratus oleh kaum India.

"Statistik itu juga menunjukkan daripada bilangan orang Cina yang memohon, lebih 16 peratus dipanggil untuk temuduga, lebih tinggi daripada Melayu (12.48 peratus) dan India (9.78 peratus)," katanya dalam sidang media di ibu pejabat MCA di sini hari ini.

Heng berkata walaupun pemohon Cina meraih tempat tertinggi, kurang daripada 65 peratus hadir untuk sesi temuduga.

"Bilangan itu menunjukkan bukti yang cukup untuk masyarakat Cina menukar cara pemikiran mereka, dan kita juga di sini akan membantu mereka untuk mendaftar, memohon dan menyiapkan mereka untuk sesi temuduga," katanya.

Heng berkata dalam usaha untuk menggalakkan lebih ramai kaum Cina menyertai sektor awam, Wanita MCA akan bekerjasama dengan SPA semasa jerayawaranya.

Beliau juga berkata penubuhan Jawatankuasa Khas Pekerjaan Wanita yang baru diwujudkan bersama Beliawanis MCA akan membantu SPA melalui kempen 'Saya Mahu Menjadi Pekerja Awam'.

Heng berkata Wanita MCA mendapati tiga sebab utama mengapa kebanyakan kaum Cina tidak mahu bekerja di sektor awam.

"Mereka beranggapan adalah sukar bagi mereka untuk berjaya memohon kerja kerajaan, dan jika mereka diterima, mereka fikir sukar untuk naik 

Kes Tumbuk : Kamalanathan Maafkan Ahli Pemuda UMNO

Rakyat News

KUALA LUMPUR 27 Jan - Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan telah memaafkan seorang anggota Pemuda Umno Hulu Selangor yang menumbuknya di pejabat wakil rakyat itu di Hulu Selangor, dua minggu lepas.

Ahli Parlimen Hulu Selangor itu berkata, insiden itu merupakan isu peribadi antara beliau dengan Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Hulu Selangor, Muhammad Rizuan Suhaimi.

"Apa yang berlaku adalah satu tindakan emosi yang tidak disengajakan.

"Manusia tidak terlepas daripada kesilapan dan tiada sebab untuk saya terus berasa kecewa dengan kejadian ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada kejadian 12 Jan lepas itu, Kamalanathan cedera ringan di bahagian leher selepas ditumbuk oleh Muhammad Rizuan, yang juga seorang guru.

Muhammad Rizuan dikatakan kecewa dengan timbalan menteri itu yang tidak membantu isterinya yang mengajar di sebuah sekolah di Batu Pahat supaya ditukarkan ke Selangor.

Bagaimanapun, Kamalanathan menegaskan insiden itu bukan isu politik tetapi berkaitan dengan permohonan pertukaran di bawah Kementerian Pendidikan.

"Saya sudah menjelaskan proses permohonan pertukaran kepadanya dan memaklumkan bahawa pegawai kementerian akan mempertimbangkan setiap permohonan mengikut merit.

"Saya tidak campur tangan dalam soal pentadbiran mana-mana jabatan. Saya ada mengeluarkan surat sokongan untuk rayuan berdasarkan faktor belas kasihan atau perikemanusiaan," katanya.

Kamalanathan juga menambah, beliau tidak akan campur tangan dengan siasatan polis berhubung kejadian itu.

Anwar Enggan Ulas Kes Cerai Nurul Izzah

Rakyat News

PETALING JAYA 27 Jan - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini enggan mengulas berhubung isu penceraian Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar.

Anwar yang juga merupakan ayah kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai itu ketika ditemui pemberita hanya menegaskan pemberita hanya perlu memberi laporan berhubung tawaran beliau untuk mengadakan konsensi bersama Barisan Nasional sahaja.

"Nanti you orang cerita.. I nak fokus itu tadi je. Ok? Done. No no no," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika selesai menghadiri sesi dialog pada majlis Anak Muda Bersama Anwar Ibrahim yang dianjuran Anwar Ibrahim Club (AIC) di sini, petang semalam.
 

Pada 23 Jan lalu, beberapa laman siber telah mengeluarkan spekulasi berhubung isu penceraian Nurul Izzah Anwar bersama suaminya.

Nurul Izzah dikatakan telah menfailkan perceraian di bawah Fasakh (untuk membatalkan perkahwinan itu) pada akhir Disember melalui petisyen di Mahkamah Syariah.

Suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, yang dipercayai telah menerima petisyen itu pada 16 Jan, telah meminta penangguhan dua minggu berhubung perkara itu untuk beliau menyediakan kesnya.

Setakat ini, tiada sebarang pengakuan dan keterangan bagi mengesahkan perkara tersebut.

Husam Musa Bangga Bukan Islam Guna Kalimah Allah

Rakyat News

PUTRAJAYA 26 Jan - Naib Presiden PAS, Husam Musa hari ini mendakwa dirinya berbangga jika agama lain menggunakan Kalimah Allah sebagai nama Tuhan.

Beliau berkata, isu yang menjadi polemik masyarakat Malaysia ini bukan berkaitrapat dengan masalah Agama, akan tetapi bersifat politik kepentingan pihak tertentu semata-mata.

“Saya orang Islam bangga jika orang lain nak guna nama tuhan saya sendiri,” katanya dalam majlis minum petang di sini hari ini.

Bekas Ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan itu turut menjelaskan, pihak Kerajaan sewajarnya menguatkuasakan undang-undang bagi menghalang penyebaran agama bukan Islam secara berleluasa jika benar ianya berlaku.

Katanya, ini kerana terdapat kebimbangan masalah berhubung isu kalimah Allah terutamanya dari sudut pegangan akidah.

“Dari segi kebimbangan akan mengelirukan orang agama Islam, kerajaan boleh kuatkuasakan perlembagaan untuk menghalang orang lain sebar agama mereka kepada orang Islam. Habis cerita," ujarnya.

Isu kalimah Allah kembali mencetuskan kontroversi susulan tindakan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan serbuan ke atas Persatuan Bible Malaysia di Damansara 2 Januari lepas.

Pihak JAIS turut merampas 300 buah kitab Bible versi bahasa Melayu yang dilaporkan menggunakan kalimah Allah.

Slap Chop + FREE Gratyfor only RM36.90










             

59% Off] Slap Chop + FREE Gratyfor only RM36.90 instead of RM88++

Nationwide & Worldwide Delivery Available.

OUR PRICE: RM36 / USD11.50 / SGD15 / AUD11.50 / EUR8.50


You never need to switch blades 
Dice, chop, and mince in seconds 
Easy to clean and dishwasher safe

Slap Chop Features:
-You never need to switch blades
-Dice, chop, and mince in seconds
-Easy to clean and dishwasher safe
-With every slap the finer the food gets
-Chop up vegetables, nuts, and fruits quickly and easily


How to Order:
(1) Order here: PM me facebook/0102550205
(2) comment ''LOOK SLAP CHOP"
(7) Make payment by Online Banking, ATM Cash Deposit, Cheque Deposit or Paypal (credit card users)

*** MAYBANK ( THANARAJ A/L LETCHUMANAN | 1142-5419-3576 ) ***


(8) Scan and email OR MMS 0102550205 the photo of your bank in slip or payment proof to rajmediawork.net Or:

SMS to 010 255 0205 us the payment details:
(a) Bank Name: MBB / PBB
(b) Bank in Date:
(c) Bank in Time:
(d) Banking Reference No:
(e) Bank in amount:


Delivery:
Peninsular Malaysia RM7
East Malaysia RM10

Sunway Lagoon Ticket RM 60

* Applicable for MyKad holders only
* MyKad(s)/MyKid(s) will be verified upon redemption of wristband at ticketing counter

call 010 2550205 

Serbuan : JAIS Perlu Dapat Kebenaran dari Kerajaan Negeri

Rakyat News

SHAH ALAM 8 Jan - Prosedur Operasi Standard (SOP) Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah diganti dengan yang baru dan berkuatkuasa serta-merta pada hari ini.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihak berkuasa JAIS perlu mendapatkan kebenaran kerajaan negeri sebelum apa-apa serbuan melibatkan perkara sensitif dilakukan.

"Kerajaan negeri juga akan meneruskan perbincangan dengan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jais untuk memastikan penguatkuasaan pada masa hadapan dijalankan secara tertib dan bertanggungjawab," kata Abdul Khalid ketika sidang media sejurus tamat mesyuarat berkenaan.

"Ia (SOP) akan diimplementasikan sekarang dan sudah berkuatkuasa. Tiap-tiap tindakan akan dibuat bersama," katanya selepas  mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor di banggunan SUK hari ini.

Jelasnya, kerajaan negeri bercadang akan berjumpa dengan semua ketua agama bukan Islam bagi menerangkan pemahaman Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988   

"Jais perlu meneruskan siasatan secara profesional sambil mengambil kira sensitiviti penganut agama Kristian," katanya.

Sebelum itu, Jais telah membuat serbuan terhadap pejabat Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) di Damansara minggu lalu yang turut merampas 300 Bible versi bahasa Melayu dan Iban.  

Ahli DAP Seputeh Dakwa Teresa Kok Salah Guna Wang RM405 Ribu

Rakyat News

KUCHAI LAMA 9 Jan - Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim didakwa melanggar piagam parti DAP atas dakwaan menggunakan wang parti sebanyak RM405 ribu dari jumlah sebenar RM605 ribu dari hasil kutipan ceramah dan orang ramai tanpa sebarang tujuan penggunaanya.

Ahli DAP Cawangan OUG, Danny Lim berkata, RM200 ribu telah digunakan untuk perbelanjaan semasa Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU 13) dan beliau meminta Taresa Kok membuat penjelasan tehadap wang baki wang itu kerana itu adalah aset parti.

"Ahli DAP telah memaklumkan pekara tersebut kepada Pengerusi Jawatan Kuasa Tertib DAP Tan Kok Wai pada dua bulan yang lepas.

"Kok Wai langsung tidak ambil tindakkan terhadap ahli perlimen itu dengan alasan situasi beliau tidak mengizinkin dia berbuat demikian." katanya kepada pemberia di sini hari ini.

Tambah Danny, Taresa Kok juga telah membuka akuan bank kedua untuk Cawangan DAP Seputeh tampa pengetahuan ahli DAP cawangan itu sedangkan cawangan itu telah pun ada akuan bank.

"Mengapa DAP Seputih yang sudah ada akuan bank dan buka satu lagi akuan bank.

"Pada 3 Jun 2013 Taresa Kok telah menghantar surat kepada pengurus bank untuk menggantikan nama Pengerusi Huang Zu Jiang dengan penama baru tampa persetujuan dan pengetahuan Huang Zu Jiang." katanya.

Tweet Former Prime Minister : PEMANDU Patut Pecat Konsultan Terbabit


Semalam (6 Januari 2014), satu kesilapan besar telah dibuat di tweethandle @etp_roadmap iaitu dengan menulis Dato Seri Najib Razak sebagai "Former Prime Minister" pada jam 1.00 petang. 

Kesilapan yang amat memalukan bagi sebuah agensi (PEMANDU) yang cukup diharapkan untuk membawa harapan Perdana Menteri dan rakyat Malaysia ke arah transformasi yang lebih baik dalam perlaksanaan dasar dasar kerajaan. 



Apabila disemak, tweet tersebut dikenalpasti dilakukan oleh sebuah syarikat konsultan yang dilantik oleh PEMANDU. Konsultan tersebut adalah Edelman yang beribu pejabat di Suite 23.02, Level 23 Menara IGB, Mid Valley City. 

Entah mengapa tweet yang punyai 140 aksara itu boleh terlepas dari perhatian sebuah syarikat yang multinasional yang punyai 67 pejabat, 4,800 pekerja di seluruh dunia. Amat meragukan. Apa sebenarnya yang bermain di fikiran petugas yang dipertanggungjawabkan menjaga tweethandle@etp_roadmap? Tweet dalam keadaan mamai?

Apakah dia berfikiran Anwar Ibrahim sudah mengangkat sumpah selepas malam Himpunan Guling Kerajaan di Dataran Merdeka? Apakah dia copy paste former prime minister daripada tweet yang lain? 

Jika copy paste sekalipun, ayat "Former Prime Minister Najib Razak" itu cukup ketara sekali kerana berada pada awal tulisan tweet. Apakah konsultan itu yang dibayar secara profesional melakukan tweet sambil lewa ketika sedang makan tengahari?


Jika konsultan Eldelman yang dilantik menjaga twitter pun silap, apakah ianya juga terlepas daripada pandangan Saffura Chinniah, Pengarah Komunikasi di PEMANDU? Saffura Chinniah sewajarnya menyemak dan meluluskan setiap tweet tersebut sebelum ianya dipaparkan kepada rakyat.

Tidak susah untuk menyemak dan menyunting tulisan yang sepatutnya disiarkan di Twitter. Aksaranya cuma 140 sahaja, berbanding kerja editor di akhbar yang terpaksa menyunting dan menyemak ejaan yang lebih banyak untuk sesuatu artikel atau berita. Amat lemah dan memalukan sekali, konsultan pun gagal mengesan kesalahan yang sebegitu besar tersebut.

Apakah kesalahan ini boleh dianggap sebagai satu sabotaj pada Perdana Menteri?

 Saffura Chinniah

Nampaknya, ada transfromasi yang benar benar perlu dilakukan di PEMANDU untuk memastikan tiada kejadian "sabotaj" ini berlaku di masa hadapan. 

Berdepan dengan penggal yang amat mencabar sebelum menghadapi PRU14, agensi seperti PEMANDU yang diberi harapan tinggi untuk melaksanakan perubahan perlu mengambil serius kesalahan yang sudah dilakukan oleh konsultan Eldelman ini. 

Satu sahaja cadangan untuk PEMANDU, pecat sahaja konsultan tersebut.

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.