Dua Pelajar Makan Rumput Kembali Semula Ke Sekolah

Rakyat News
SUNGKAI 27 Jan - Dua murid sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina di sini yang dihukum seperti lembu oleh guru Bahasa Inggeris mereka dengan digantungkan loceng dileher dan diberi rumput sebagai makanan hanya kerana gagal menyiapkan kerja sekolah kembali bersekolah seperti biasa pagi ini. 
 
Kedua-dua murid terbabit dihantar ibu masing-masing kira-kira jam 7 pagi tadi. 
 
Wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat juga dijangka datang menemui kedua-dua pelajar terbabit dan pentadbiran sekolah pada waktu rehat jam 10 pagi nanti. 
 
Sebelum ini, media melaporkan kejadian mengenai dua murid sebuah sekolah jenis kebangsaan di Sungkai yang didakwa diarah guru mereka memakai loceng di tengkuk dan mengunyah rumput sebagai hukuman.
 
Guru lelaki berusia 26 tahun yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris itu bukan sahaja menggelarkan Muhammad Nasvinder Muhammad Amit dan Mohd. Izat Iqbal Mohd. Harith, 10 tahun sebagai lembu malah turut mengugut akan memuat naik gambar mereka yang diambil menggunakan telefon bimbit di laman sosial Facebook.
 
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, empat orang murid gagal menyiapkan tugasan yang diberi namun guru terbabit hanya memberikan hukuman kepada kedua-dua mangsa.
 
Difahamkan, dua lagi murid lain tidak dikenakan denda kerana berpenyakit dan mempunyai surat sakit daripada doktor.
 
Empat murid tidak menyiapkan kerja sekolah iaitu dua daripada kaum Cina dan dua lagi murid beragama Islam yang diambil tindakan hanya dua pelajar Islam sahaja dua lagi tiada apa-apa tindakan.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.