Serbuan : JAIS Perlu Dapat Kebenaran dari Kerajaan Negeri

Rakyat News

SHAH ALAM 8 Jan - Prosedur Operasi Standard (SOP) Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah diganti dengan yang baru dan berkuatkuasa serta-merta pada hari ini.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihak berkuasa JAIS perlu mendapatkan kebenaran kerajaan negeri sebelum apa-apa serbuan melibatkan perkara sensitif dilakukan.

"Kerajaan negeri juga akan meneruskan perbincangan dengan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jais untuk memastikan penguatkuasaan pada masa hadapan dijalankan secara tertib dan bertanggungjawab," kata Abdul Khalid ketika sidang media sejurus tamat mesyuarat berkenaan.

"Ia (SOP) akan diimplementasikan sekarang dan sudah berkuatkuasa. Tiap-tiap tindakan akan dibuat bersama," katanya selepas  mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor di banggunan SUK hari ini.

Jelasnya, kerajaan negeri bercadang akan berjumpa dengan semua ketua agama bukan Islam bagi menerangkan pemahaman Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988   

"Jais perlu meneruskan siasatan secara profesional sambil mengambil kira sensitiviti penganut agama Kristian," katanya.

Sebelum itu, Jais telah membuat serbuan terhadap pejabat Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) di Damansara minggu lalu yang turut merampas 300 Bible versi bahasa Melayu dan Iban.  

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.