Anwar Enggan Ulas Kes Cerai Nurul Izzah

Rakyat News

PETALING JAYA 27 Jan - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini enggan mengulas berhubung isu penceraian Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar.

Anwar yang juga merupakan ayah kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai itu ketika ditemui pemberita hanya menegaskan pemberita hanya perlu memberi laporan berhubung tawaran beliau untuk mengadakan konsensi bersama Barisan Nasional sahaja.

"Nanti you orang cerita.. I nak fokus itu tadi je. Ok? Done. No no no," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika selesai menghadiri sesi dialog pada majlis Anak Muda Bersama Anwar Ibrahim yang dianjuran Anwar Ibrahim Club (AIC) di sini, petang semalam.
 

Pada 23 Jan lalu, beberapa laman siber telah mengeluarkan spekulasi berhubung isu penceraian Nurul Izzah Anwar bersama suaminya.

Nurul Izzah dikatakan telah menfailkan perceraian di bawah Fasakh (untuk membatalkan perkahwinan itu) pada akhir Disember melalui petisyen di Mahkamah Syariah.

Suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, yang dipercayai telah menerima petisyen itu pada 16 Jan, telah meminta penangguhan dua minggu berhubung perkara itu untuk beliau menyediakan kesnya.

Setakat ini, tiada sebarang pengakuan dan keterangan bagi mengesahkan perkara tersebut.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.