KUALA LUMPUR, 27 Jan - Sebanyak 61 peratus kaum Cina yang memohon dan menghadiri temuduga dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) berjaya mendapat jawatan dalam perkhidmatan awam.
Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie berkata, statistik SPA menunjukkan peratusan tersebut adalah tertinggi berbanding kaum Melayu (30.28 peratus) dan 40.69 peratus oleh kaum India.
"Statistik itu juga menunjukkan daripada bilangan orang Cina yang memohon, lebih 16 peratus dipanggil untuk temuduga, lebih tinggi daripada Melayu (12.48 peratus) dan India (9.78 peratus)," katanya dalam sidang media di ibu pejabat MCA di sini hari ini.
Heng berkata walaupun pemohon Cina meraih tempat tertinggi, kurang daripada 65 peratus hadir untuk sesi temuduga.
"Bilangan itu menunjukkan bukti yang cukup untuk masyarakat Cina menukar cara pemikiran mereka, dan kita juga di sini akan membantu mereka untuk mendaftar, memohon dan menyiapkan mereka untuk sesi temuduga," katanya.
Heng berkata dalam usaha untuk menggalakkan lebih ramai kaum Cina menyertai sektor awam, Wanita MCA akan bekerjasama dengan SPA semasa jerayawaranya.
Beliau juga berkata penubuhan Jawatankuasa Khas Pekerjaan Wanita yang baru diwujudkan bersama Beliawanis MCA akan membantu SPA melalui kempen 'Saya Mahu Menjadi Pekerja Awam'.
Heng berkata Wanita MCA mendapati tiga sebab utama mengapa kebanyakan kaum Cina tidak mahu bekerja di sektor awam.
"Mereka beranggapan adalah sukar bagi mereka untuk berjaya memohon kerja kerajaan, dan jika mereka diterima, mereka fikir sukar untuk naik

0 comments:
Post a Comment