Anwar Ibrahim Ganti Khalid Ibrahim Jadi MB Selangor?

Anwar Ibrahim
PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipercayai bersetuju untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dalam masa terdekat.
Abdul Khalid dijangka akan mengumumkan keputusan berkenaan pada Rabu ini, demikian menurut sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Mereka berkata, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.
Satu pilihan raya kecil dijangka terpaksa diadakan bagi membolehkan Anwar menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor sebelum mengambil alih kedudukan tersebut.
Abdul Khalid yang kini berhadapan dengan tekanan kuat oleh partinya sendiri berhubung keputusannya dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan isu serbuan Jabatan Agama Islam (Jais) dikatakan bersetuju dengan perubahan itu selepas mengadakan mesyuarat dengan Anwar pada Ahad

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.