Husam Musa Bangga Bukan Islam Guna Kalimah Allah

Rakyat News

PUTRAJAYA 26 Jan - Naib Presiden PAS, Husam Musa hari ini mendakwa dirinya berbangga jika agama lain menggunakan Kalimah Allah sebagai nama Tuhan.

Beliau berkata, isu yang menjadi polemik masyarakat Malaysia ini bukan berkaitrapat dengan masalah Agama, akan tetapi bersifat politik kepentingan pihak tertentu semata-mata.

“Saya orang Islam bangga jika orang lain nak guna nama tuhan saya sendiri,” katanya dalam majlis minum petang di sini hari ini.

Bekas Ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan itu turut menjelaskan, pihak Kerajaan sewajarnya menguatkuasakan undang-undang bagi menghalang penyebaran agama bukan Islam secara berleluasa jika benar ianya berlaku.

Katanya, ini kerana terdapat kebimbangan masalah berhubung isu kalimah Allah terutamanya dari sudut pegangan akidah.

“Dari segi kebimbangan akan mengelirukan orang agama Islam, kerajaan boleh kuatkuasakan perlembagaan untuk menghalang orang lain sebar agama mereka kepada orang Islam. Habis cerita," ujarnya.

Isu kalimah Allah kembali mencetuskan kontroversi susulan tindakan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan serbuan ke atas Persatuan Bible Malaysia di Damansara 2 Januari lepas.

Pihak JAIS turut merampas 300 buah kitab Bible versi bahasa Melayu yang dilaporkan menggunakan kalimah Allah.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.