5 Suspek Kongsi Gelap Diberkas

alt
KEPALA HARIMAU.. Isyarat tangan Geng Kongsi Gelap

ALOR SETAR 1 Sept. - Lima lelaki dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap Geng 04 dan Geng 08 ditahan dalam Ops Cantas Khas di sini petang semalam dan awal pagi ini, menjadikan 183 suspek ahli kongsi gelap ditahan di Kedah setakat ini.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata empat lelaki dari Kubang Pasu berumur antara 20 hingga 30 tahun diberkas di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bukit Kayu Hitam ketika cuba masuk ke Thailand, kira-kira 5.40 petang semalam.

"Polis mendapati semua empat lelaki itu mempunyai tatu lambang ahli kumpulan kongsi gelap dipercayai Geng 04 apabila diperiksa. Mereka kini ditahan reman bagi membantu siasatan," kata Ahmad pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Kedah di sini, hari ini.

Seorang lagi lelaki berumur 21 tahun yang dipercayai anggota Geng 08 berdasarkan simbol pada badannya ditahan kira-kira 12.45 tengah malam tadi di Kulim, katanya.

Katanya menjadi ahli pertubuhan haram boleh didakwa mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya

Dato' Onn Jaafar : Berat Melawan Kaum Melayu Sendiri

alt

 "Bercakap tentang kemerdekaan terlalu sahaja mudah tetapi hendak kemerdekaan itu kekal di tangan kita adalah perkara yang berat dan susah."

Dia adalah lagenda Negara. Jasanya meniupkan semangat nasionalisme terhadap masyarakat di bumi bertuah ini tidak sesekali luput di ingatan dan masih segar terpahat di sanubari rakyat Malaysia.
Dato' Onn bin Jaafar. Salah seorang pejuang kemerdekaan Malaysia lahir pada tahun 1895. Dato' Onn sejak kecil dipelihara oleh Sultan Ibrahim.

Beliau mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajaran ke England. Dato' Onn pernah bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930. Pada tahun 1934, Dato' Onn menjadi pengarang Lembaga Malaya dan harian Lembaga. Disamping itu, Dato' Onn juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa Zaman Pendudukan Jepun, Dato' Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.

"Melawan Malayan Union itu perkara kecil, dan yang berat ialah melawan Melayu sendiri. Melawan Melayu itu ialah melawan perangai, tabiat, dan kelakuan Melayu sendiri."

Pada 1 hingga 4 Mac 1946, 41 persatuan Melayu menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman. Hasil daripada mesyuarat, sebuah badan yang mewakili orang Melayu menentang Malayan Union akan ditubuhkan.

Kongres Melayu Ketiga kemudiannya diadakan di Istana Besar Johor Bahru pada bulan Mei, 1946. Kongres inilah yang melahirkan UMNO dengan Datuk Onn sebagai presiden yang pertama.
 

alt

"Berbagai-bagai bahaya ada keluar dari hutan dari gunung dan sekarang tumbuh di dalam bumi, Tumbuh dari bumi itu ialah cendawan yang beracun, tumbuh di merata-rata negeri Melayu men-jalankan hasutan dengan menggunakan nama agama, dengan menggunakan iman dan kepercayaan Melayu yang beragama Islam itu."

Pada 1 Oktober 1946, Dato' Onn Datuk Jaafar dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian, Dato' Onn meletakkan jawatan Menteri Besar Johor dan menumpukan kepada UMNO.

Di bawah kepimpinan Dato' Onn, UMNO telah berjaya memaksa kerajaan British membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu, memperketatkan syarat-syarat kerakyatan dan memberi hak istimewa Melayu.

Dato' Onn bercadang untuk membuka keahlian UMNO kepada semua orang tanpa mengira kaum. Cadangan tersebut ditentangan. Oleh yang demikian, Dato' Onn meletakkan jawatan sebagai president UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 dan 26 Ogos 1951.

Namun begitu, UMNO telah menggabungkan parti-parti yang dianggotai oleh kaum lain iaitu MCA dan MIC menjadi parti Perikatan pada tahun 1955.

alt

"Melawan Malayan Union itu perkara kecil, dan yang berat ialah melawan Melayu sendiri. Melawan Melayu itu ialah melawan perangai, tabiat, dan kelakuan Melayu sendiri."

Dato' Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya selepas meninggalkan UMNO. Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau menubuhkan Parti Negara mengganti Parti Kemerdekaan Malaya.

Tujuan penubuhan parti tersebut adalah untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama pada tahun 1955. Sekali lagi, partinya gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya umum.

Walau bagaimanapun, beliau masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam pilihan raya Persekutuan 1959. Dato' Onn meninggal dunia pada tahun 1962.
 

alt

"Masa orang Melayu akan gelap jika tiada persefahaman dan perpaduan. Saya bimbang perpecahan ini akan melemahkan kedudukan orang Melayu dan dengan lemahnya orang Melayu, kedudukan ekonomi akan lemah, orang Melayu akan mendapati sukar untuk mengekalkan kedudukan sebagai Bumiputera."

Namun, tidak siapa pun yang dapat melupakan jasa Dato' Onn kepada negara dan bangsa. Dato Onn Jaafar mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, dan salah seorang daripada anak mereka termasuk Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn.
 
alt

Natijahnya, Dato' Onn mempunyai pandangan yang berbeza dengan ahli-ahli UMNO yang lain. Beliau ingin membuka pintu UMNO kepada kaum-kaum lain menyertainya tetapi ahli-ahli UMNO menggangap tindakan ini sebagai satu ancaman.

Walau bagaimanapun, Dato' Onn tetap merupakan seorang yang berani dan berusaha dengan bersungguh-sungguh demi negara dan bangsa.




Hishamuddin Rais Biadab Kibar Sang Saka Malaya





KUALA LUMPUR 1 Sept - Tindakan aktivis politik Hishamuddin Rais mengibar bendera Sang Saka Malaya pada malam ambang kemerdekaan merupakan tindakan biadap dan mencermarkan kesucian kemerdekaan.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah berkata, tindakan Hishamuddin Rais itu juga disifatkan sebagai sebagai menghina kedaulatan negara dan ianya tidak seharsnya dibiarkan.

“Saya rasa ini adalah provokasi yang cuba dilakukan Hishamuddin Rais. Ia juga satu cubaan untuk menimbulkan ketegangan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Azwanddin berkata demikian bagi mengulas himpunan yang dianjurkan oleh penyokong pembangkang pada malam 30 Ogos di Dataran Merdeka bagi menyatakan bendera Jalur Gemilang bukanlah bendera kebangsaan tetapi bendera Sang Saka Malaya.

Turut hadir pada perhimpunan tersebut, penyair, A Samad Said; Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Safwan Anang dan aktivis politik pembangkang Adam Adli.



Jelas Azwanddin, tindakan biadap yang dilakukan kumpulan ini tidak lebih untuk merosakkan nilai murni kemerdekaan yang dikecapi slama ini selain meracuni pemikiran rakyat terutamanya golongan belia.

“Terutama sekali untuk mempengaruhi anak muda tentang kebencian terhadap semangat kemerdekaan, bendera Malaysia dan kerajaan Malaysia sedia ada.

“Tujuan (kibar bendera Sang Saka) untuk menanam semangat kebencian ini sudah lama kita tahu. Jadi, ia seolah-olah cuba mencabar Perlembagaan negara kita. Bagi saya, ini sikap yang cukup biadab,” katanya.

Beliau kemudiannya menyeru agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kepada semua yang terlibat.

“Sepatutnya kita berlaku lebih tegas. Pihak-pihak tertentu perlu mengambil kejadian ini sebagai perkara serius kerana ia tak boleh dibiarkan terus berlaku.

“Jika perkara ini masih berterusan, pihak berkuasa wajib mengambil tindakan segera terhadap mereka. Terutama ambil tindakan undang-undang ke atas mereka,” ujarnya lagi.

Tiada Kompromi Jika Terbukti Ahli Politik Terlibat Kongsi Gelap




KUALA LUMPUR 31 Ogos - Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata polis tidak akan berkompromi malah akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu termasuk ahli politik sekiranya terbukti terlibat kongsi gelap.

Beliau yakin polis mampu mengumpul maklumat terperinci untuk membuktikan sesiapa sahaja yang terlibat kongsi gelap tidak kira ahli politik atau tidak.

"Malahan undang-undang juga akan dikuatkuasakan supaya polis tidak disalahtafsirkan berkompromi dengan penjenayah," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Junaidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Sin Chew Daily, Rabu lepas yang mengatakan sebilangan ahli politik ternama menaungi beberapa kumpulan kongsi gelap dan menjadi penasihat kumpulan terbabit.

Kumpulan itu meliputi "Geng 04", "Geng 08", "Geng 21" dan "Geng 36" daripada kalangan kaum India; "Hong Shun Tang", "3821", "Wu Se Qi", "Hong Men" dan Hua Ji Dang" daripada kalangan kaum Cina; serta "Geng 3 Calit" daripada kalangan kaum Melayu.

Sementara itu, Menteri Muda Perumahan Sarawak Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata tindakan tegas patut diambil terhadap ahli politik yang didapati terlibat kegiatan kongsi gelap.

"Sejujurnya parti boleh mengambil tindakan susulan untuk memecat atau mengenakan tindakan disiplin mengikut perlembagaan parti.

"Tetapi ianya harus ada butiran lengkap, jangan hanya atas dakwaan (mereka terlibat) sahaja," katanya.

Dua hari lepas ketika hadir di program sambutan hari raya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata setakat ini pihaknya tidak mendengar penglibatan sebarang ahli politik dalam kumpulan kongsi gelap.

Polis akan mengambil tindakan sewajarnya jika siasatan membuktikannya, katanya.- Bernama
(gambar -NST)

Dialog : Pemimpin Umno Tolak Pelawaan Anwar



PUTRAJAYA 31 Ogos -  Tiada sebarang 'isu-isu kebangsaan' yang perlu dibincangkan antara Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan.
   
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tindakan Anwar adalah bersifatkan politik berkepentingan semata-mata.
   
"Pada beliau, segala-galanya hanyalah tentang politik. Mengapa sekarang, setelah mereka mempertikaikan keputusan (pilihan raya) malah Suruhanjaya Pilihan Raya?" katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan 10 tahun Cruise Tasik Putrajaya di sini hari ini.
   
Sambil mempertikaikan cadangan Anwar itu, Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata pembangkang tidak pernah ikhlas dalam setiap perbuatan dan perkataan mereka.
   
Anwar, yang juga Penasihat PKR seperti dilaporkan sebuah portal berita, mencadangkan supaya dialog terbuka dengan kerajaan diadakan bagi membincangkan 'isu-isu kebangsaan' yang perlu ditangani atas semangat merdeka.

Di Melaka, Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata Barisan Nasional (BN) tidak perlu melayan hasrat Anwar untuk bertemu bagi membincangkan beberapa perkara membabitkan kepentingan rakyat dan negara.
   
Bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata rakyat telah memilih BN sebagai kerajaan melalui Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk berkhidmat kepada mereka.

Katanya pembangkang sebaliknya boleh menyuarakan sebarang isu membabitkan kepentingan rakyat dan negara di Parlimen untuk dibahas dan diputuskan oleh Anggota Parlimen.

"Saya lihat Anwar sebagai ketua pembangkang nampak dah terdesak bila beliau cadangkan perbincangan dengan BN. Pada saya tidak perlu kerana rakyat telah memilih kerajaaan dan kita (BN) telah menang dengan majoriti yang baik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perarakan sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 peringkat negeri Melaka.
     
Mengulas lanjut Mohd Ali berkata usaha ketua pembangkang itu dilihat bertujuan mengalihkan perhatian rakyat terhadap pembohongan parti tersebut pada PRU13 lepas.
   
"Saya harap Anwar minta maaf kepada rakyat kerana telah membohongi rakyat jelata bahawa ada 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh akan datang dengan berpuluh-puluh kapal terbang dan akhirnya tidak ada satu pun petisyen pilihan raya daripada pakatan pembangkang mengatakan ada pengundi hantu dari sana," katanya.

Lebih 10,000 Meriahkan Suasana Rumah Terbuka ‘Merdeka Raya’ Sayap UMNO

KUALA LUMPUR, 30 Ogos –Rumah Terbuka Merdeka Raya yang dianjurkan oleh Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia bertempat di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berlansung dengan suasana penuh meriah apabila lebih 10,000 jemputan dari pelbagai peringkat umur dan bangsa menghadiri majlis tersebut.
foto bh
Turut hadir Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak,  dan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang  tiba selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Surau Ar-Rahman di PWTC bersama isteri masing-masing bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.
Najib dan Muhyiddin meluangkan masa kira-kira sejam menikmati juadah dan seterusnya bergegas untuk menghadiri mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dijadualkan pada pukul tiga petang ini.
Selain itu, turut kelihatan hadir dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Yusoh,  Ketua Wanita UMNO,Datuk Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Dato Megat Firdaouz Tan Sri Megat Junid, exco Pemuda UMNO  dan beberapa Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Orang ramai yang hadir dari pelbagai peringkat lapisan umur  dan bangsa kelihatan kelihatan teruja dan gembira dengan kehadiran kepimpinan tertinggi negara dan tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenang-kenangan.

Dunia Pandang Serius Kekalkan Keamanan Negara ASEAN

alt
 
KUALA LUMPUR 30 Ogos - Negara-negara utama di dunia memandang serius terhadap pengekalan keamanan di Malaysia dan negara Asean berikutan pergolakan di Asia Barat.
 
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perkara itu dinyatakan dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Asean (ADMM) yang turut dihadiri anggota ADMM-PLUS, iaitu Amerika Syarikat, Rusia, Jepun, China, Korea Selatan dan India.
 
Hasil daripada ADMM yang berakhir semalam di Brunei membolehkan Malaysia berhubung secara langsung dengan Amerika Syarikat, China dan Rusia.
 
"Sempena mesyuarat itu, saya telah bertemu dengan pemimpin negara-negara besar dan kita telah mendapat hubungan secara langsung dengan Amerika Syarikat, China dan Rusia," katanya ketika ditemui pemberita semasa menghadiri majlis rumah terbuka Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di sini hari ini.
 
Dalam mesyuarat dua hari itu, kesemua negara bersetuju antara lain untuk mengetengahkan prinsip tidak menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sebarang pertikaian termasuk berhubung Laut China Selatan dan sebaliknya perlu dibincang melalui bengkel, seminar dan dialog.
 
Dalam pada itu, Hishammuddin, yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan berharap UPNM dapat menjadi perintis dalam melahirkan pakar-pakar strategi yang boleh merancang bagi memastikan keamanan serantau.   
 
"Saya sarankan UPNM menjadi barisan hadapan supaya kita dapat berdepan dengan masyarakat dunia dalam mengatur strategi yang membolehkan kita sentiasa aman di rantau ini," katanya.
 
Mengulas mengenai Syria, Hishammuddin berkata Malaysia bersedia untuk membawa pulang rakyatnya dari Syria jika keadaan keselamatan di negara itu meruncing.  
 
Katanya segala perancangan telah dibincangkan dan kaedahnya adalah seperti yang dilakukan negara dalam Ops Piramid II dengan membawa pulang 2,796 rakyatnya dari Mesir pada bulan ini.
 
Akhbar melaporkan lebih 1,300 orang terbunuh apabila tentera Syria melancarkan serangan menggunakan senjata kimia di daerah Ghouta berdekatan Damsyik minggu lepas, yang turut mencederakan ramai lagi penduduk. 
 
Pada Selasa, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman mengesahkan 15 rakyat negara ini termasuk sembilan pelajar memilih untuk berada di Syria atas kerelaan sendiri walaupun telah dinasihati pulang ke tanah air. 

Tanda Putera di seluruh Pawagam Pulau Pinang Sabtu ini

alt

KUALA LUMPUR 30 Ogos  - Filem Tanda Putera akan ditayangkan di pawagam di Pulau Pinang mulai Sabtu ini.
   
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam status terbaharunya di laman sosial Facebooknya berkata, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) telah diminta untuk memastikan tayangan filem itu di Pulau Pinang diteruskan.
   
alt

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meminta semua pengusaha wayang di negeri itu tidak menayangkan filem Tanda Putera.
 
Katanya, filem berkisarkan persahabatan Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail itu mengandungi babak fitnah yang boleh menimbulkan provokasi dan perasaan benci antara kaum merujuk salah satu babak beberapa pemuda Cina membuang air kecil di perkarangan rumah Menteri Besar Selangor.

alt

Kenyataan Setiausaha Agung DAP itu telah menimbulkan kritikan dari pelbagai pihak termasuk Pengarah Filem, Datin Paduka Shuhaimi Baba yang meminta semua pihak menghentikan provokasi politik terhadap karya arahannya itu.

Tak Perlu Campuri Urusan Pemilihan UMNO, Jaga Urusan Parti Sendiri – Anuar

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Pihak pembangkang dinasihatkan agar tidak mencampuri urusan pemilihan parti UMNO kerana ia merupakan urusan dalaman parti UMNO.
annuar-musa-umno-bn-politik-sempit-celaru-pas-kelantan
Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Anuar Musa berkata, dalam soal pemilihan parti UMNO ini tidak perlulah kepada penglibatan pihak luar untuk mengambil kesempatan, sebaliknya lebih baik menjaga urusan dalaman dan hala tuju perjuangan parti mereka sendiri dari menjaga urusan UMNO.
“Yang pastinya, jika pihak luar campur tangan itu sudah tentulah bukan berniat untuk membawa kebaikan kepada UMNO tetapi mereka lebih kepada mengambil peluang untuk menimbulkan kegawatan.
“Namun, pada saya perkara yang harus diingatkan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang tertua di dalam negara ini, kita mempunyai tradisi dan sejarah kita sendiri dan kita percaya apa juga proses yang berlaku dalam parti kita, ianya akan diuruskan dengan baik oleh urusetia dan juga Majlis Tertinggi UMNO sendiri,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Ketereh.
Tambahnya, sehingga kini beliau tidak nampak ada perkara pelik dan luar biasa ketika proses berkempen, malah berjalan dengan baik termasuk kaedah-kaedah baru yang diperkenalkan.
“Tindakan-tindakan telah dibuat, membuat penjelasan dan sebagainya, sementara calon-calon sedang menjalankan proses pengenalan diri dan kempen mereka, yang saya nampak lebih sopan dan lebih teratur berbanding sebelum ini.
“Jadi tidak perlu ada perkara yang perlu digawatkan dengan campur tangan pihak luar dan biarlah proses pemilihan parti UMNO berlaku sebagai proses dalam parti UMNO sendiri,” ujarnya lagi. -MediaUMNO

Tak Perlu Campuri Urusan Pemilihan UMNO, Jaga Urusan Parti Sendiri – Anuar

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Pihak pembangkang dinasihatkan agar tidak mencampuri urusan pemilihan parti UMNO kerana ia merupakan urusan dalaman parti UMNO.
annuar-musa-umno-bn-politik-sempit-celaru-pas-kelantan
Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Anuar Musa berkata, dalam soal pemilihan parti UMNO ini tidak perlulah kepada penglibatan pihak luar untuk mengambil kesempatan, sebaliknya lebih baik menjaga urusan dalaman dan hala tuju perjuangan parti mereka sendiri dari menjaga urusan UMNO.
“Yang pastinya, jika pihak luar campur tangan itu sudah tentulah bukan berniat untuk membawa kebaikan kepada UMNO tetapi mereka lebih kepada mengambil peluang untuk menimbulkan kegawatan.
“Namun, pada saya perkara yang harus diingatkan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang tertua di dalam negara ini, kita mempunyai tradisi dan sejarah kita sendiri dan kita percaya apa juga proses yang berlaku dalam parti kita, ianya akan diuruskan dengan baik oleh urusetia dan juga Majlis Tertinggi UMNO sendiri,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Ketereh.
Tambahnya, sehingga kini beliau tidak nampak ada perkara pelik dan luar biasa ketika proses berkempen, malah berjalan dengan baik termasuk kaedah-kaedah baru yang diperkenalkan.
“Tindakan-tindakan telah dibuat, membuat penjelasan dan sebagainya, sementara calon-calon sedang menjalankan proses pengenalan diri dan kempen mereka, yang saya nampak lebih sopan dan lebih teratur berbanding sebelum ini.
“Jadi tidak perlu ada perkara yang perlu digawatkan dengan campur tangan pihak luar dan biarlah proses pemilihan parti UMNO berlaku sebagai proses dalam parti UMNO sendiri,” ujarnya lagi. -MediaUMNO

Cermin Parti Sendiri Sebelum ‘Tumpang Semangkuk’ Komen Pemilihan UMNO

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Pemimpin parti pembangkang dinasihatkan mencermin parti mereka terlebih dahulu sebelum ‘tumpang semangkuk’ untuk berkongsi pandangan mengenai pemilihan UMNO pada tahun ini.
Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata mereka tidak sepatutnya menjaga tepi kain orang sebaliknya memberi tumpuan serta perhatian serius terhadap parti mereka sendiri.
dap_tipu_undi_hantu_spr_pemilihan
“Pembangkang lebih baik cermin diri sendiri daripada mempersoalkan parti orang lain khususnya UMNO. Mereka tidak layak mempersoalkan proses pemilihan UMNO kerana parti mereka sendiri secara tidak telus apalagi tidak mampu menjalankan proses pemilihan dengan sempurna.
“Layakkah mereka berkongsi pandangan parti orang lain sedangkan hampir semua parti mereka bermasalah. Penetapan semula proses pemilihan DAP misalnya adalah satu contoh terdekat.
“PKR pun sama keadaannya. Rakyat persoalkan bagaiman jawatan Ketua Umum PKR, siapa yang lantik? Bukankah kalangan pimpinan mereka sudah ada yang meninggalkan parti dan sebagainya,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Beliau seterusnya menegaskan bukankah itu adalah realiti kepada kedudukan serta gambaran di kalangan parti pembangkang itu sendiri.
“Sebab itu mereka sebenarnya tidak layak untuk menjaga tepi kain orang lain kerana kain mereka sendiri koyak rabak hingga menampakan perkara perkara yang tidak sepatutnya mereka tonjolkan.
“Bukanlah kita ini bongkak dan angkuh…tetapi biarlah kena dengan tempatnya. Sebab itu nasihat saya pada parti pembangkang, lihat diri dan uruskan parti mereka terlebih dahulu sebelum ghairah untuk ‘tumpang semangkuk’ memberikan pandangan terhadap parti lain,” ujarnya. -MediaUMNO

"Tanda Putera Taklah Menarik Sangat " - Anwar


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui sudah menonton sedutan filem Tanda Putera dan beranggapan filem itu 'tidaklah menarik sangat'.
 
Menurut Anwar, beliau menonton kerana suka-suka dan bukannya serius seperti menonton filem Hindi tahun 1964, Sanggam.
 
"Saya tonton filem suka-suka dan bukannya serius seperti Sanggam (filem Hindi tahun 1964),” katanya ketika menyampaikan perutusan Hari Merdeka kali ke-56, di sini, hari ini.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan kerajaan Pulau Pinang yang menasihatkan pengusaha pawagam di negeri itu tidak menayangkan filem Tanda Putera.
 
Namun begitu, tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mengarahkan agar filem tersebut tidak ditayangkan mendapat reaksi negatif Anwar.
 
"Saya sendiri tidak bersetuju dengan saranan yang dikemukakan oleh Guan Eng.Tetapi beliau hanya menasihatkan, bukan melarang penayangan Tanda Putera.
 
“Di negara merdeka, sesiapa sahaja berhak memberi pandangan,” katanya.
 
Bagaimanapun, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek melalui status terbaru di laman sosial Facebooknya berkata, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) telah diminta untuk memastikan tayangan filem itu di Pulau Pinang diteruskan.
 
Katanya, filem tersebut akan ditayangkan di pawagam di Pulau Pinang mulai Sabtu ini.
 
Sebelum ini, Guan Eng telah mencetuskan kontroversi apabila dilaporkan telah meminta pengusaha pawagam di negeri itu untuk tidak menayangkan filem yang disifatkan pembangkang sebagai kontroversi.
   
Namun, Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia berupa nasihat dan bukannya larangan.
 

Lelaki Mengamuk Rampas Bendera Sang Saka Malaya


Seorang lelaki telah bertindak merampas beberapa helai bendera 'Sang Saka Malaya' yang dikibarkan sekumpulan penyokong pembangkang di Dataran Merdeka malam tadi.

Kumpulan yang dipimpin aktivis politik, Hishamuddin Rais itu telah mengadakan satu perhimpunan Ambang Merdeka di samping mengibarkan bendera itu bagi menafikan Jalur Gemilang sebagai bendera kebangsaan di Negara ini.

Lelaki tersebut yang bertindak ketika Sasterawan Negara, A.Samad Said sedang menyampaikan ucapan sempat memberi peringatan kepada para penyokong pembangkang bahawa Jalur Gemilang merupakan bendera yang menjadi mercu tanda rakyat di Negara ini.
alt

Terdahulu, Hishammuddin Rais dalam ucapan ringkasnya berkata, kemerdekaan yang dikecapi selama 56 tahun merupakan Hari Malapetaka buat rakyat Malaysia.

Beliau yang mempertahankan bendera Sang Saka Malaya menegaskan, rakyat Malaysia telah ditipu dengan semangat mengibarkan Jalur Gemilang yang realitinya diciplak dari Amerika Syarikat.

"Jalur Gemilang adalah tipu dari Amerika, bendera sang saka ini adalah tradisi dari pada kerajaan Melayu langka suka.

"Bendera ini dinaikkan pada tahun 1947. Pengisytiharan 31 Ogos bukanlah Hari Kemerdekaan. Akan tetapi merupakan Hari Malapetaka," katanya ketika berucap di hadapan penyokongnya di Dataran Merdeka malam tadi.

Sambutan itu turut disertai Sasterawan Negara, A.Samad Said dan Aktivis Pro Mahasiswa, Adam Adli.

alt

Beliau juga mengulangi pendirian mempertahankan bendera ‘Sang Saka Malaya’ sebagai bendera kebangsaan di Negara ini.

Tambahnya, bendera ini bakal diiktiraf sekiranya Kerajaan pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) berjaya ditumbangkan.

"Inilah bendera rakyat Tanah Melayu apabila negara kita bebas dari Umno." ujarnya. [LAGI VIDEO DI SINI]

Sebelum ini, beberapa Pemimpin Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) mendesak pihak berkuasa terutamanya Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab mengibarkan bendera ‘Sang Saka Malaya’.

Salah seorang pemimpin NGO, Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof Datuk Dr Kamaruddin Kachar menganggap tindakan itu sebagai biadab sekaligus menghina pejuang terdahulu yang banyak berkorban nyawa demi mempertahankan kedaulatan tanah air.

Jalur Gemilang Ditoreh dan Dikoyak


 Penduduk Kampung Tersusun Tasek (KTT) di Bercham telah dikejutkan dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang bertindak merosakkan Jalur Gemilang di beberapa kawasan di sini hari ini.
    
Pengerusi Rukun Tetangga KTT Zulkefli Mat Taib berkata, Jalur Gemilang itu telah dikibarkan  di persimpangan itu yang menghubungkan Jalan Regat Tasek Timur 15 dan Hala Tasek Timur 26 ditoreh dan dikoyakkan.
    
"Lebih menyedihkan lambang serta bintang pada bendera turut ditoreh dan dipotong.

"Semua bendera ini dengan kos RM2,000 kami pasang petang semalam. Sehingga pukul 2 pagi tadi diberitahu masih baik, mungkin keja-kerja khianat ini dibuat selepas itu sehingga pukul 6 pagi. Kami akan baiki semula semuanya, kami akan gantung dan pasang balik.

"Ini sesuatu yang amat menyedihkan bagi rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau menjelaskan, Jalur Gemilang yang bersaiz tiga meter lebar serta 15 meter panjang dan lebih 20 lagi bersaiz kecil dikibarkan sekitar kampung tersebut bersempena pertandingan hiasan sambutan kemerdekaan melibatkan 10 buah kampung di bawah pejabat Penghulu Mukim Tanjung Rambutan.

Susulan insiden tersebut, Zulkefli bersama Ketua Kampung KTT Ahmad Mat Wali telah membuat laporan polis di Balai Polis Bercham di sini pada jam 9.19 pagi tadi berhubung kejadian itu.
    
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong mengesahkan laporan polis telah dibuat oleh penduduk KTT.Foto - Bernama

Anwar Terdesak Mahu Jumpa Najib - Khairy


Hasrat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan sesi dialog bersama Barisan Nasional (BN) setelah kebanyakan petisyen Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) pembangkang kalah disifatkan tindakan terdesak.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata  hasrat Anwar untuk berdialog itu sebagai tidak ikhlas Anwar dan sudah kehilangan modal politik setelah rakyat dilihat menerima keputusan PRU13 dengan baik malah kebanyakkan keputusan mahkamah turut memihak kepada BN sekaligus membuktikan ketelusan nyata dalam sistem pilihanraya negara.  
"Apabila beliau (Anwar Ibrahim) terdesak, tiada modal sedangkan rakyat terima keputusan (pilihanraya). Jangan cuba menampakkan kononnya beliau nak menyatu padukan negara. 
"Beliau masih degil buat demonstrasi, pertikai keputusan PRU13 di media dan pentas antarabangsa. Kita mesti ikhlas jika mahu berdialog dan saya tidak nampak keikhlasan itu di pihak Anwar Ibrahim," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media ketika menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri 'Merdeka Raya' Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Khairy yang juga merupakan Menteri Belia dan Sukan turut memberitahu BN sentiasa mengamalkan sikap terbuka dalam membincangkan apa jua perkara namun tindakan pembangkang kelihatan menongkah arus apabila seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyatu-padukan masyarakat kearah perpaduan nasional disambut suram. 
"Kita sentiasa terbuka didalam Barisan Nasional (BN). Apabila Perdana Menteri setelah selesai PRU13 beliau menyeru ke arah perpaduan nasional. Ketika itu tiada usaha Ketua Pembangkang untuk sambut seruan itu. 
"Apa yang kita dapat lihat adalah siri demonstrasi yang diadakan oleh pembangkang, pertikai keputusan PRU13, masuk mahkamah (petisyen) dan apabila keputusan mahkamah tidak menyebelahi mereka, baru sekarang (Anwar) cadang untuk adakan dialog, saya harap rakyat boleh menilai," katanya.



Guna Peluang, Sertai Umno - Shahrizat




Kedudukan struktur organisasi Umno yang baik cukup untuk memberikan peluang kepada setiap individu menyertai parti tersebut dengan cara yang berhemah.

Menurut Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Umno mempunyai struktur (cawangan, bahagian, sayap parti) dan tiada sebab untuk mana-mana individu menyertai Umno dengan jalan yang salah.

"Dalam Umno struktur kita begitu cantik sekali, (ada) cawangan, bahagian, Wanita sebagai tulang belakang, sayap kanan Pemuda (dan) sayap kiri Puteri, ada tempat untuk semua yang minat politik.

"Masuk cara berhemah dan cantik, tak perlu nak masuk ikut 'belakang' (atau) 'tepi', masuk ikut 'depan'," katanya ketika berucap dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Tambahnya, anggota ketiga-tiga sayap itu akan terus menyokong dan memberi kekuatan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak untuk terus memimpin negara.

"Pada hari ini, Wanita sudah ada 1.2 juta anggota, Pemuda pun tidak kurang hebat dengan hampir 700,000 anggota, Puteri kira-kira 400,000 anggota. Kesemuanya jika kita satukan, kekuatan kita lebih kurang 67.8 peratus daripada keseluruhan anggota Umno," katanya.
    
                              

Anwar Mahu Jumpa Najib : PR Terima Keputusan PRU13



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kesediaannya mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mencari titik penyelesaian berkaitan masalah negara.


Menerusi ucapan perutusan bersempena sambutan kemerdekaan ke 56, Anwar turut meminta satu pertemuan segera diadakan antara Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN).


“Titik pertemuan BN dan PR perlu segera dicari bagi menyelamatkan negara di samping menyeru melupakan kesalahan masing-masing sempena hari kemerdekaan negara esok,” katanya ketika menyampaikan perutusan itu di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.


Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menjelaskan, perbincangan dijangka akan melibatkan isu kaum dan agama yang mencetuskan ketegangan akhir-akhir ini; masalah ekonomi negara yang semakin merudum dan masalah jenayah yang semakin membimbangkan rakyat di seluruh negara.


Katanya, PR juga menerima keputusan Pilihan Raya Umum e 13 (PRU13) yang berakhir 5 Mei lalu di sampung akan melupakan ketegangan dan penyelewengan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa pilihan raya 5 Mei lalu.


 “Datuk Seri Najib Razak harus terbuka untuk berbincang kerana banyak dasar dan program yang boleh disepakati bersama. Pendekatan PR untuk mengajak BN berbincang bukan bagi membentuk sebuah kerajaan perpaduan tetapi perbincangan terbuka yang biasa diamalkan kerajaan demokrasi.


“Kami mahu perubahan yang adil bagi memastikan negara mengamalkan prinsip demokrasi. Ini kerana pendedahan Fitch Ratings baru-baru ini perlu dipandang serius oleh kerajaan kerana kira-kira RM20 billion setahun dapat dijimatkan jika urus tadbir ekonomi negara dilakukan dengan cara yang baik.


“Bagi mencapai hasrat itu, maka penting kerajaan BN mengurangkan defisit fiskal serta menangani rasuah serta telus dalam pemberian tender,” katanya.


Sebelum ini, Perdana Menteri telah menggesa PR menerima keputusan PRU13 sebelum mengadakan sebarang perbincangan bersama BN.

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.