Lebih 10,000 Meriahkan Suasana Rumah Terbuka ‘Merdeka Raya’ Sayap UMNO

KUALA LUMPUR, 30 Ogos –Rumah Terbuka Merdeka Raya yang dianjurkan oleh Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia bertempat di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berlansung dengan suasana penuh meriah apabila lebih 10,000 jemputan dari pelbagai peringkat umur dan bangsa menghadiri majlis tersebut.
foto bh
Turut hadir Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak,  dan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang  tiba selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Surau Ar-Rahman di PWTC bersama isteri masing-masing bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.
Najib dan Muhyiddin meluangkan masa kira-kira sejam menikmati juadah dan seterusnya bergegas untuk menghadiri mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dijadualkan pada pukul tiga petang ini.
Selain itu, turut kelihatan hadir dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Yusoh,  Ketua Wanita UMNO,Datuk Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Dato Megat Firdaouz Tan Sri Megat Junid, exco Pemuda UMNO  dan beberapa Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Orang ramai yang hadir dari pelbagai peringkat lapisan umur  dan bangsa kelihatan kelihatan teruja dan gembira dengan kehadiran kepimpinan tertinggi negara dan tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenang-kenangan.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.