Penduduk Kampung Tersusun Tasek (KTT) di Bercham telah dikejutkan dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang bertindak merosakkan Jalur Gemilang di beberapa kawasan di sini hari ini.
Pengerusi Rukun Tetangga KTT Zulkefli Mat Taib berkata, Jalur Gemilang itu telah dikibarkan di persimpangan itu yang menghubungkan Jalan Regat Tasek Timur 15 dan Hala Tasek Timur 26 ditoreh dan dikoyakkan.
"Lebih menyedihkan lambang serta bintang pada bendera turut ditoreh dan dipotong.
"Semua bendera ini dengan kos RM2,000 kami pasang petang semalam. Sehingga pukul 2 pagi tadi diberitahu masih baik, mungkin keja-kerja khianat ini dibuat selepas itu sehingga pukul 6 pagi. Kami akan baiki semula semuanya, kami akan gantung dan pasang balik.
"Ini sesuatu yang amat menyedihkan bagi rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau menjelaskan, Jalur Gemilang yang bersaiz tiga meter lebar serta 15 meter panjang dan lebih 20 lagi bersaiz kecil dikibarkan sekitar kampung tersebut bersempena pertandingan hiasan sambutan kemerdekaan melibatkan 10 buah kampung di bawah pejabat Penghulu Mukim Tanjung Rambutan.
Susulan insiden tersebut, Zulkefli bersama Ketua Kampung KTT Ahmad Mat Wali telah membuat laporan polis di Balai Polis Bercham di sini pada jam 9.19 pagi tadi berhubung kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong mengesahkan laporan polis telah dibuat oleh penduduk KTT.Foto - Bernama
0 comments:
Post a Comment