Tak Perlu Campuri Urusan Pemilihan UMNO, Jaga Urusan Parti Sendiri – Anuar

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Pihak pembangkang dinasihatkan agar tidak mencampuri urusan pemilihan parti UMNO kerana ia merupakan urusan dalaman parti UMNO.
annuar-musa-umno-bn-politik-sempit-celaru-pas-kelantan
Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Anuar Musa berkata, dalam soal pemilihan parti UMNO ini tidak perlulah kepada penglibatan pihak luar untuk mengambil kesempatan, sebaliknya lebih baik menjaga urusan dalaman dan hala tuju perjuangan parti mereka sendiri dari menjaga urusan UMNO.
“Yang pastinya, jika pihak luar campur tangan itu sudah tentulah bukan berniat untuk membawa kebaikan kepada UMNO tetapi mereka lebih kepada mengambil peluang untuk menimbulkan kegawatan.
“Namun, pada saya perkara yang harus diingatkan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang tertua di dalam negara ini, kita mempunyai tradisi dan sejarah kita sendiri dan kita percaya apa juga proses yang berlaku dalam parti kita, ianya akan diuruskan dengan baik oleh urusetia dan juga Majlis Tertinggi UMNO sendiri,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Ketereh.
Tambahnya, sehingga kini beliau tidak nampak ada perkara pelik dan luar biasa ketika proses berkempen, malah berjalan dengan baik termasuk kaedah-kaedah baru yang diperkenalkan.
“Tindakan-tindakan telah dibuat, membuat penjelasan dan sebagainya, sementara calon-calon sedang menjalankan proses pengenalan diri dan kempen mereka, yang saya nampak lebih sopan dan lebih teratur berbanding sebelum ini.
“Jadi tidak perlu ada perkara yang perlu digawatkan dengan campur tangan pihak luar dan biarlah proses pemilihan parti UMNO berlaku sebagai proses dalam parti UMNO sendiri,” ujarnya lagi. -MediaUMNO

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.