Dato' Onn Jaafar : Berat Melawan Kaum Melayu Sendiri

alt

 "Bercakap tentang kemerdekaan terlalu sahaja mudah tetapi hendak kemerdekaan itu kekal di tangan kita adalah perkara yang berat dan susah."

Dia adalah lagenda Negara. Jasanya meniupkan semangat nasionalisme terhadap masyarakat di bumi bertuah ini tidak sesekali luput di ingatan dan masih segar terpahat di sanubari rakyat Malaysia.
Dato' Onn bin Jaafar. Salah seorang pejuang kemerdekaan Malaysia lahir pada tahun 1895. Dato' Onn sejak kecil dipelihara oleh Sultan Ibrahim.

Beliau mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajaran ke England. Dato' Onn pernah bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930. Pada tahun 1934, Dato' Onn menjadi pengarang Lembaga Malaya dan harian Lembaga. Disamping itu, Dato' Onn juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa Zaman Pendudukan Jepun, Dato' Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.

"Melawan Malayan Union itu perkara kecil, dan yang berat ialah melawan Melayu sendiri. Melawan Melayu itu ialah melawan perangai, tabiat, dan kelakuan Melayu sendiri."

Pada 1 hingga 4 Mac 1946, 41 persatuan Melayu menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman. Hasil daripada mesyuarat, sebuah badan yang mewakili orang Melayu menentang Malayan Union akan ditubuhkan.

Kongres Melayu Ketiga kemudiannya diadakan di Istana Besar Johor Bahru pada bulan Mei, 1946. Kongres inilah yang melahirkan UMNO dengan Datuk Onn sebagai presiden yang pertama.
 

alt

"Berbagai-bagai bahaya ada keluar dari hutan dari gunung dan sekarang tumbuh di dalam bumi, Tumbuh dari bumi itu ialah cendawan yang beracun, tumbuh di merata-rata negeri Melayu men-jalankan hasutan dengan menggunakan nama agama, dengan menggunakan iman dan kepercayaan Melayu yang beragama Islam itu."

Pada 1 Oktober 1946, Dato' Onn Datuk Jaafar dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian, Dato' Onn meletakkan jawatan Menteri Besar Johor dan menumpukan kepada UMNO.

Di bawah kepimpinan Dato' Onn, UMNO telah berjaya memaksa kerajaan British membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu, memperketatkan syarat-syarat kerakyatan dan memberi hak istimewa Melayu.

Dato' Onn bercadang untuk membuka keahlian UMNO kepada semua orang tanpa mengira kaum. Cadangan tersebut ditentangan. Oleh yang demikian, Dato' Onn meletakkan jawatan sebagai president UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 dan 26 Ogos 1951.

Namun begitu, UMNO telah menggabungkan parti-parti yang dianggotai oleh kaum lain iaitu MCA dan MIC menjadi parti Perikatan pada tahun 1955.

alt

"Melawan Malayan Union itu perkara kecil, dan yang berat ialah melawan Melayu sendiri. Melawan Melayu itu ialah melawan perangai, tabiat, dan kelakuan Melayu sendiri."

Dato' Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya selepas meninggalkan UMNO. Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau menubuhkan Parti Negara mengganti Parti Kemerdekaan Malaya.

Tujuan penubuhan parti tersebut adalah untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama pada tahun 1955. Sekali lagi, partinya gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya umum.

Walau bagaimanapun, beliau masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam pilihan raya Persekutuan 1959. Dato' Onn meninggal dunia pada tahun 1962.
 

alt

"Masa orang Melayu akan gelap jika tiada persefahaman dan perpaduan. Saya bimbang perpecahan ini akan melemahkan kedudukan orang Melayu dan dengan lemahnya orang Melayu, kedudukan ekonomi akan lemah, orang Melayu akan mendapati sukar untuk mengekalkan kedudukan sebagai Bumiputera."

Namun, tidak siapa pun yang dapat melupakan jasa Dato' Onn kepada negara dan bangsa. Dato Onn Jaafar mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, dan salah seorang daripada anak mereka termasuk Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn.
 
alt

Natijahnya, Dato' Onn mempunyai pandangan yang berbeza dengan ahli-ahli UMNO yang lain. Beliau ingin membuka pintu UMNO kepada kaum-kaum lain menyertainya tetapi ahli-ahli UMNO menggangap tindakan ini sebagai satu ancaman.

Walau bagaimanapun, Dato' Onn tetap merupakan seorang yang berani dan berusaha dengan bersungguh-sungguh demi negara dan bangsa.




Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.