Zambry Tempelak Nizar Kaitkan Kes Gagal Dapatkan MyKad Sebagai Isu Perkauman

MSTAR ONLINE
 
 
IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada Selasa menempelak ketua pembangkang yang mengaitkan kes kegagalan seorang kanak-kanak perempuan S.Mahalachime mendapatkan MyKad daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebagai isu perkauman.

Beliau berkata dakwaan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah satu kesimpulan dan tuduhan liar di samping anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering itu dilihat cuba menggunakan kes itu untuk mengaut laba politik.

"(Adun) Changkat Jering boleh tuduh kerajaan BN rasis sekiranya kerajaan tidak mengambil apa-apa tindakan untuk membetulkannya. Kita pun tidak tahu apa yang berlaku tiba-tiba dia mempunyai satu kesimpulan.

"Ini satu perbuatan dan kesimpulan yang terlalu liar yang diucapkan oleh ketua pembangkang," katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri di sini.

Beliau turut mempersoalkan Mohammad Nizar Jamaluddin yang 'mengheret' BN dalam isu itu kerana apa yang terjadi kepada Mahalachime, 12, tidak melibatkan isu perkauman kerana ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Terdahulu ketika membahaskan Bajet 2014 negeri Perak pada Selasa, Mohammad Nizar membangkitkan beberapa isu yang menyentuh sensitiviti perkauman sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan wakil rakyat BN.

Ini termasuk apabila wakil PAS itu mengaitkan kes Mahalachime, 12, yang gagal mendapatkan MyKad daripada JPN kerana paras rupa dan warna kulitnya berbeza dengan ibunya, V. Kamalla, 60, sebagai isu perkauman serta mendakwa kanak-kanak itu dinafikan hak untuk hidup sejahtera sebagai seorang warganegara kerana masalah warna kulit.

Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib (BN-Slim) kemudian bangkit mencelah mengatakan pandangan Mohammad Nizar itu melanggar Perkara 36 (1) Perintah- perintah Tetap DUN Perak kerana terkeluar daripada topik perbahasan.

Bagaimanapun ia tidak diendahkan Mohammad Nizar yang mempertahankan pandangannya itu dengan memberikan alasan sifat perkauman perlu dikikis sekiranya kerajaan negeri mahu mencapai 'Perak Aman Jaya, Rakyat Sejahtera'.

Speaker DUN Perak Datuk Seri S.K Devamany kemudian menenangkan kedua-dua pihak dan meminta Mohammad Nizar meneruskan perbahasan tanpa menyentuh isu perkauman. - BERNAMA

2 ADUN Sabah Keluar PKR : Kecam Anwar Pemimpin Tak Relevan

alt
 
KUALA LUMPUR 26 Nov - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong Dato' Jelani Hamdan hari ini menyelar Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin tidak relevan.
 
Beliau berkata, tindakan 11 ketua cabang PKR yang bertindak keluar parti kerana  yakin dengan kepimpinan Barisan Nasional dalam membawa pembangunan di Sabah.
 
"Hanya orang yang bersetuju dengan cara Anwar sahaja menyatakan beliau relevan menjadi pemimpin,
 
"Tetapi, tidak relevan untuk saya," katanya kepada pemberita di sidang media Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini. 
 
Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
 
Terdahulu, Najib mengumumkan seramai 11 ketua cabang termasuk dua ADUN PKR Sabah keluar parti dan menyokong BN.
 
Beliau merupakan salah seorang ADUN yang menyokong kepimpinan Perdana Menteri itu.

11 Ketua Cabang PKR Isytihar Keluar Parti

alt

KUALA LUMPUR 26 Nov - Seramai sebelas Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengisytihar  keluar parti dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Keputusan yang turut melibatkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah itu dilakukan setelah hilang kepercayaan terhadap parti pimpinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

11 Cabang PKR tersebut adalah Kota Belut, Kudat, Kota Merudu, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi,Silam, Kalabakan dan Semporna.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan perkara tersebut pada sidang media yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini sebentar tadi.

Berikut merupakan 11 Ketua Cabang PKR yang bertindak keluar parti :-

1) Angki Addek (Kota Marudu)
2) Anthony Mandiau
3) Juhani Abd Halim
4) Mohd Jun (Kelabakan)
5) Mustapha Tambuyung (Kinabatangan)
6) Lokuan Ureh (Semporna)
7) Timoty Lim (Sepangar)
8) Apandy Sipin (Persiangan)
9) Soloh Yuna (Kota belud)
10) Jelani Hamdan
11) Jeremmy Malajad (Kedamaian)

Panas!!! "Alhamdulilah, saya rasa perbelanjaan (k-pop) itu justified (wajar) kata Ahmad Shabery Cheek.

 
PAC puas hati dengan penjelasan belanja K-pop

VIDEO l 3:14 minit 

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata jawatankuasa itu berpuas hati dengan penjelasan oleh Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berhubung perbelanjaan semasa sambutan Festival Belia Negara 2012.

Nur Jazlan berkata jawatankuasa itu mendapati tiada sebarang salah laku atau pelanggaran prosedur dalam penganjuran dan perbelanjaan festival itu termasuklah konsert tiga kumpulan pop Korea yang mencetus kontroversi sebelum ini.

"Beliau memberikan jawapan yang memuaskan tentang polisi dan proses yang berlangsung tahun lalu.

"Kami tak bercadang untuk memanggil beliau semula," katanya selepas mendengar penjelasan menteri komunikasi dan multimedia itu selama kira-kira dua jam setengah bermula jam 11 pagi tadi.

Shabery bertanggungjawab ke atas Festival Belia Negara 2012 itu dalam kapasitinya semasa menjawat jawatan menteri belia dan sukan tahun lalu.

Shabery dalam sidang media selepas itu menjelaskan bayaran kepada tiga kumpulan pop Korea yang membuat persembahan itu berjumlah RM900,000.

Katanya, beliau turut menjelaskan kepada jawatankuasa PAC bahawa kerajaan mendahulukan pembayaran untuk konsert tersebut pada bulan Mac tahun lalu sebelum menerima tajaan wang tunai sebanyak RM2.3 juta untuk penganjuran festival berkenaan.

Ia merupakan sebahagian daripada tajaan keseluruhan berjumlah RM30 juta yang meliputi tajaan dalam bentuk lain, sebanyak RM26 juta, dan tajaan penganjuran acara lain.

Menurutnya lagi, penganjuran festival itu menjadi perbincangan ramai apabila fokus diberikan kepada konsert K-pop itu sahaja yang merupakan satu daripada lebih 500 acara yang dianjurkan.

Sedangkan, acara itu berjaya mencapai matlamatnya apabila menarik kira-kira 2.4 juta orang pengunjung dengan anggaran pulangan ekonomi berjumlah RM140 juta, kata Shabery.

"Alhamdulilah, saya rasa perbelanjaan itu justified (wajar) malah, PAC menggalakkan agar ia diteruskan," katanya

LAHANAT PUNYA ANWAR IBRAHIM 40 RIBU BANGLA SAHKAN ANWAR PEMBOHONG NO 1 DI DUNIA

Apa? Anwar tidak pernah tuduh kerajaan membawa masuk 40 ribu bangla untuk memenangkan BN pada PRU13 lalu? Itu namanya dah bangsat bin celaka kerana sah dah manusia bernama anwar ibrahim penipu nombor satu DI DUNIA kaki putar belit alam kejap kata macam ni kemudian pusing U-turn kata macam tu pulak. Siap ada segerombolan manusia pula yang SYOK MENJILAT punggung anwar dengan mengiyakan dan menyokong putar belit dan pembohongan pemimpin ANUgerah TUHAN PKR ni...

Tak malu ke korang yang mendabik dada menyokong PEMBANGKANG ni dengan dipimpin manusia LAHANAT macam ni??? Bodoh dan DUNGU sungguhlah kalau sapa yang masih nak terus menjilat dan menghisap pundek Anwar ni... 

Hari ini SATU MALAYSIA boleh sama-sama mengesahkan dan mengatakan... ANAK HARAM punya ANWAR IBRAHIM pembohong NOMBOR 1 di DUNIA!!!!!





Rakyat Malaysia ditipu bulat-bulat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan isu ’40,000 Pengundi Bangladesh’

“Kita saksikan kembali ‘pendedahan’ Anwar tentang 40,000 pengundi yang tidak masuk akal tetapi dipercayai bulat-bulat oleh sebahagian rakyat Malaysia.

“Dan seperti yang kita semua tahu, finale kepada kenyataan di bawah ialah Anwar terpaksa gigit jari sekali lagi kerana kalah dalam PRU13 !

“Dan setelah terbukti bahawa isu 40,000 ‘pengundi Bangladesh’ adalah satu penipuan paling jijik dalam sejarah pilihanraya negara ini, tidak ada seorang pemimpin pembangkang yang tampil ke hadapan meminta maaf kepada rakyat Malaysia,” ulas DrMiM.

Nada yang sama turut dilaporkan Mynewshub yang menyifatkan penafian Anwar hari ini sebagai ‘pusing cakap’.

“Sedangkan yang diketahui umum, dari awal portal pembangkang seperti Malaysiakini dan Malaysia Insider yang menghangatkan penipuan berkenaan dengan bantuan cybertropers Red Bean Army milik DAP yang mengerakkan kempen penipuan itu di media sosial seperti Facebook.

“Serangan secara tersusun dan serentak antara Red Bean Army dan portal-portal pro mereka telah menyebabkan rakyat tertipu ketika PRU-13 berlangsung.

“Selepas PRU-13, sehingga kini, pembangkang dan portal-portal berkenaan masih belum mengemukakan sebarang bukti kukuh mengenai kewujudan kumpulan pengundi berkenaan walaupun digesakan untuk berbuat demikian berkali-kali.

“Malah, beberapa dakwaan lain seperti kejadian blackout di pusat penjumlahan dan peti undi dibuang daripada helikopter juga disahkan penipuan yang dirancang,”komen laman itu.

Semalam, Bernama melaporkan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina menafikan pembabitan warga Bangladesh dalam proses demokrasi di Malaysia dan menolak dakwaan pembangkang kononnya 40,000 warga Bangladesh mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam pertemuannya dengan Sheikh Hasina, pemimpin kerajaan negara Asia Selatan itu turut menggeleng kepala tanda tidak percaya dengan dakwaan kononnya rakyatnya terbabit dalam pengundian pada PRU-13.

Kata Najib perdana menteri Bangladesh turut mempersoalkan dakwaan berkenaan dan menyifatkan ia sebagai mustahil kerana untuk mengundi di Malaysia, seseorang warga Bangladesh perlu menukar kerakyatan mereka kepada warganegara Malaysia.

“Dia kata memang tidak ada (tidak wujud) tindakan untuk kita (kerajaan Malaysia) memberi 40,000 kewarganegaraan pada orang Bangladesh,” kata Najib.

Pada PRU-13, pakatan pembangkang mendakwa BN menggunakan 40,000 rakyat Bangladesh untuk mengundi parti gabungan berkenaan.


BACA ARTIKEL ANGIN PERUBAHAN

Anwar Ibrahim Yang Mula Tuduh Bangla 40,000 Undi BN #AnwarPembohong

Video Ini Menjadi Bukti Pembohongan Anwar Ibrahim Tentang Pengundi Bangla 40,000 Orang #AnwarPembohong

[PANAS] Tarif Elektrik DIJANGKA NAIIIIKKKKKKKKKKKK!!!!


Tarif Elektrik Dijangka Naik Selepas Putrajaya Struktur Semula Sektor Tenaga

[TMI] Penderitaan rakyat Malaysia berikutan kenaikan kos kehidupan akan bertambah parah terutama bagi yang tinggal di bandar besar.

Selepas pengurangan subsidi bahan api dan penghapusan subsidi gula baru-baru ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kenaikan tarif elektrik pada tahun hadapan.

MyPower Corporation, sebuah agensi dengan pelbagai tujuan khas ditubuhkan untuk memacu industri bekalan tenaga elektrik di Malaysia berkata, mereka sudah menyempurnakan kajian ke atas beberapa aspek pembaharuan dalam industri, termasuk pelarasan tarif.

Ketua Pegawai Eksekutif MyPower, Datuk Abdul Razak Abdul Majid, berkata jika subsidi minyak dikurangkan secara beransur-ansur, maka kadar tarif adalah pada kira-kira 42 sen bagi setiap kilowatt jam (kwh), berbanding dengan kadar semasa subsidi 33.5 sen/kwh.

Abdul Razak berkata, kos penjanaan seunit pada masa ini adalah kira-kira 30.9 sen (kwh).

Berdasarkan unjuran MyPower , pengguna dijangka menerima peningkatan kira-kira 8.5 sen bagi setiap kilowatt, iaitu melibatkan kenaikan sebanyak 26%.

Abdul Razak berkata, beliau sudah mengemukakan dapatan ini kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Suruhanjaya Tenaga dan agensi lain yang berkaitan.

"Bagaimanapun, kadar tariff yang akan dikenakan terpulang kepada kerajaan," katanya dalam sesi penerangan kepada media semalam.

Sebagai tambahan subsidi, kerajaan tidak akan mengenakan bayaran bagi mereka yang mempunyai bil RM20 dan kurang daripada itu.

Tahun lalu, kerajaan membelanjakan kira-kira RM146 juta ke atas subsidi ini yang memberi manfaat kepada 1.1 juta isi rumah.

Kali terakhir tarif elektrik dinaikan pada Jun 2011 apabila harga gas bersubsidi dinaikkan kepada RM13.70 bagi setiap juta metrik unit termal British (mmbtu) berbanding RM10.70 setiap mmbtu sebelumnya.

Putrajaya terpaksa menangung kos subsidi untuk sektor tenaga negara sekitar RM8 bilion hingga RM12 bilion setahun, bergantung kepada harga bahan api semasa.

Di Malaysia, gas merupakan sumber utama bagi kegunaaan penjanaan elektrik iaitu sebanyak 50% manakala arang batu sebanyak 40% dan tenaga diperbaharui sebanyak 2% di Malaysia dan baki 8% adalah daripada kuasa hidro.

Gas kini dibekalkan oleh Petronas pada harga subsidi manakala arang batu diperolehi pada kadar harga pasaran semasa.

Kenaikan harga gas yang tinggi menyebabkan subsidi sukar diteruskan.

Keadaan ini diburukkan lagi apabila syarikat elektrik negara Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terpaksa mengimport gas asli cecair (LNG), terutama dari Australia.

Abdul Razak berkata, di bawah mekanisme prinsip cadangan bahan api, kos bahan api akan disemak setiap enam bulan dan sebarang perubahan (turun atau naik) bergantung kepada turun naik harga bahan api (gas, arang batu dan minyak) yang akan ditanggung oleh pengguna.

Kos bahan api melalui mekanisme ini adalah satu komponen yang signifikan di bawah cadangan kerangka tarif Insentif Berasaskan Peraturan.

Abdul Razak berkata, dengan kerangka Peraturan Berasaskan Insentif (IBR), rangkaian prestasi tahunan TNB yang melibatkan penghantaran dan pengedaran akan dinilai berdasarkan kejayaan pencapaian.

Tarif dan pulangan TNB akan diselaras berdasarkan kepada pencapaian sasaran prestasi.

Beliau berkata, bil elektrik TNB kepada pengguna juga akan disusun semula dengan lebih telus menunjukkan pecahan daripada segi kos, penjanaan, penghantaran dan pengagihan. – 21 November, 2013.


P/s: Beribu-ribu taniah!!!

Isu K-Pop : Penjelasan Penuh Shabery Cheek


Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mempertahankan pembayaran RM1.6 juta kepada artis K-pop sempena sambutan Hari Belia Kebangsaan tahun lalu sebagai pengiktirafan kerajaan kepada golongan belia.

Khairy berkata, langkah tersebut adalah manifestasi penghargaan kerajaan kepada belia terhadap sokongan mereka dalam proses pembangunan negara.

"Persembahan penyanyi dari Korea iaitu K-pop ialah satu trend dan tarikan kepada belia masa kini terutama dalam menarik golongan belia daripada pelbagai latar belakang.

"Jika dilihat dari sudut positif, perkara tersebut juga satu pengiktirafan kerajaan khususnya kepada golongan belia betapa kerajaan mengambil berat akan minat mereka," kata Khairy di Dewan Rakyat pada 14 November lalu.. sepenuhnya sila baca di SINI

Berikut adalah penjelasan oleh Shabery Cheek..

KUALA LUMPUR 21 Nov - Sistem penajaan secara tunai yang telah diterima kerajaan semasa Festival Hari Belia 2012 sudah cukup menampung pembelanjaan ketiga-tiga artis Korea Pop (K-Pop) yang bernilai RM1.6 juta pada tahun lalu.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Shabery Cheek yang juga merupakan bekas Menteri Belia dan Sukan berkata ketiga-tiga artis K-Pop yang hadir membuat persembahan konsert pada Festival Belia 2012 pada tahun lalu bernilai RM900,000 jauh lebih murah berbanding harga pasaran.
"Bayaran untuk sekumpulan artis K-Pop tersebut merupakan bayaran yang lebih murah berbanding harga pasaran sebenar untuk artis K-Pop memandangkan ketiga-tiga artis K-Pop menganggap pengunjung yang hadir pada Hari Belia tidak dikenakan bayaran tiket untuk memasuki konsert tersebut.
"Tiga kumpulan (K-Pop) tersebut merupakan yang paling popular di Korea pada waktu itu dengan meminta sebanyak USD100,000 untuk satu kumpulan," kepada pemberita ketika membuat sidang media di Lobi Parlimen selepas memenemui Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bagi memberi penjelasan berhubung bayaran itu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012, di bilik jawatankuasa itu di Parlimen, di sini.
Tambahnya, perbelanjaan sebanyak RM1.6 juta merupakan perbelanjaan sampingan yang telah dibayar oleh pembekal tempatan.
"Yang disebut sebanyak RM1.6 juta itu merupakan sampingan seperti cukai, pembayaran hotel.. pengangkutan, keselamatan, makanan dan sebagainya yang dibayar oleh pembekal tempatan," ujarnya.
Jelasnya,kerajaan hanya mendahului perbelanjaan sebanyak RM900,000 untuk menempah ketiga-tiga artis berkenaan yang telah dikembalikan dengan penajaan dari pelbagai bentuk yang telah diterima kembali oleh kerajaan.
"Kerajaan hanya mendahulukan bayaran. Sedangkan kita mendapat tajaan dari segi tunai pada waktu tersebut akhirnya bernilai RM2.3 juta.
"Bayaran awal yang kita buat sebanyak RM900 ribu sebenarnya sudah cukup ditampung oleh (penajaan) tunai," katanya.
Menurutnya, kejayaan pada Festival Hari Belia 2012 berjaya menarik pihak penaja dalam perbagai bentuk tajaan yang telah diterima oleh kerajaan.
"Kita mesti melihat kejayaan hari belia telah melibatkan penyertaan pihak swasta yang memberikan nilai kira-kira RM26 juta pada waktu tersebut.
"Ada juga yang memberikan tajaan dari segi 'In Kind' berupa air, sim kad, t-shirt dan sebagainya yang bernilai RM1.9 juta. Ada juga yang memberikan secara tunai bernilai RM2.3 juta yang mana ia diberikan secara beransur-ansur," katanya.
Sebelum itu, PAC melahirkan rasa berpuas hati dengan penjelasan yang telah diberikan oleh Shabery pada hari ini berhubung perbelanjaan semasa sambutan Festival Belia Negara 2012.
Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, penjelasan pada kali ini mendapati tiada sebarang salah laku atau pelanggaran prosedur yang telah dibuat oleh Shabery Cheek yang juga merupakan Bekas Menteri Belia dan Sukan sebelum ini termasuklan konsert tiga kumpulan K-Pop.
"Beliau telah memberikan penjelasan secara keseluruhan mengenai dasar dan proses hari belia pada tahun lepas dan beliau juga telah memberikan penjelasan mengenai isu k-pop yang telah menjadi tumpuan di media.
"Saya rasa jawapan yang telah diberikan oleh beliau itu telah memuaskan hati jawatankuasa," katanya ~ RakyatNews

Siapa yang korang percaya?.. Shabery Cheek atau laporan audit yang dijalankan berdasarkan segala dokumen yang berkaitan?

Isu K-Pop : Penjelasan Penuh Shabery Cheek


Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mempertahankan pembayaran RM1.6 juta kepada artis K-pop sempena sambutan Hari Belia Kebangsaan tahun lalu sebagai pengiktirafan kerajaan kepada golongan belia.

Khairy berkata, langkah tersebut adalah manifestasi penghargaan kerajaan kepada belia terhadap sokongan mereka dalam proses pembangunan negara.

"Persembahan penyanyi dari Korea iaitu K-pop ialah satu trend dan tarikan kepada belia masa kini terutama dalam menarik golongan belia daripada pelbagai latar belakang.

"Jika dilihat dari sudut positif, perkara tersebut juga satu pengiktirafan kerajaan khususnya kepada golongan belia betapa kerajaan mengambil berat akan minat mereka," kata Khairy di Dewan Rakyat pada 14 November lalu.. sepenuhnya sila baca di SINI

Berikut adalah penjelasan oleh Shabery Cheek..

KUALA LUMPUR 21 Nov - Sistem penajaan secara tunai yang telah diterima kerajaan semasa Festival Hari Belia 2012 sudah cukup menampung pembelanjaan ketiga-tiga artis Korea Pop (K-Pop) yang bernilai RM1.6 juta pada tahun lalu.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Shabery Cheek yang juga merupakan bekas Menteri Belia dan Sukan berkata ketiga-tiga artis K-Pop yang hadir membuat persembahan konsert pada Festival Belia 2012 pada tahun lalu bernilai RM900,000 jauh lebih murah berbanding harga pasaran.
"Bayaran untuk sekumpulan artis K-Pop tersebut merupakan bayaran yang lebih murah berbanding harga pasaran sebenar untuk artis K-Pop memandangkan ketiga-tiga artis K-Pop menganggap pengunjung yang hadir pada Hari Belia tidak dikenakan bayaran tiket untuk memasuki konsert tersebut.
"Tiga kumpulan (K-Pop) tersebut merupakan yang paling popular di Korea pada waktu itu dengan meminta sebanyak USD100,000 untuk satu kumpulan," kepada pemberita ketika membuat sidang media di Lobi Parlimen selepas memenemui Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bagi memberi penjelasan berhubung bayaran itu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012, di bilik jawatankuasa itu di Parlimen, di sini.
Tambahnya, perbelanjaan sebanyak RM1.6 juta merupakan perbelanjaan sampingan yang telah dibayar oleh pembekal tempatan.
"Yang disebut sebanyak RM1.6 juta itu merupakan sampingan seperti cukai, pembayaran hotel.. pengangkutan, keselamatan, makanan dan sebagainya yang dibayar oleh pembekal tempatan," ujarnya.
Jelasnya,kerajaan hanya mendahului perbelanjaan sebanyak RM900,000 untuk menempah ketiga-tiga artis berkenaan yang telah dikembalikan dengan penajaan dari pelbagai bentuk yang telah diterima kembali oleh kerajaan.
"Kerajaan hanya mendahulukan bayaran. Sedangkan kita mendapat tajaan dari segi tunai pada waktu tersebut akhirnya bernilai RM2.3 juta.
"Bayaran awal yang kita buat sebanyak RM900 ribu sebenarnya sudah cukup ditampung oleh (penajaan) tunai," katanya.
Menurutnya, kejayaan pada Festival Hari Belia 2012 berjaya menarik pihak penaja dalam perbagai bentuk tajaan yang telah diterima oleh kerajaan.
"Kita mesti melihat kejayaan hari belia telah melibatkan penyertaan pihak swasta yang memberikan nilai kira-kira RM26 juta pada waktu tersebut.
"Ada juga yang memberikan tajaan dari segi 'In Kind' berupa air, sim kad, t-shirt dan sebagainya yang bernilai RM1.9 juta. Ada juga yang memberikan secara tunai bernilai RM2.3 juta yang mana ia diberikan secara beransur-ansur," katanya.
Sebelum itu, PAC melahirkan rasa berpuas hati dengan penjelasan yang telah diberikan oleh Shabery pada hari ini berhubung perbelanjaan semasa sambutan Festival Belia Negara 2012.
Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, penjelasan pada kali ini mendapati tiada sebarang salah laku atau pelanggaran prosedur yang telah dibuat oleh Shabery Cheek yang juga merupakan Bekas Menteri Belia dan Sukan sebelum ini termasuklan konsert tiga kumpulan K-Pop.
"Beliau telah memberikan penjelasan secara keseluruhan mengenai dasar dan proses hari belia pada tahun lepas dan beliau juga telah memberikan penjelasan mengenai isu k-pop yang telah menjadi tumpuan di media.
"Saya rasa jawapan yang telah diberikan oleh beliau itu telah memuaskan hati jawatankuasa," katanya ~ RakyatNews

Siapa yang korang percaya?.. Shabery Cheek atau laporan audit yang dijalankan berdasarkan segala dokumen yang berkaitan?

Hukum COMANGO dah dimulakan di Selangor!!!


Khairat kematian yang dikasi cina tu ... bukan ke khairat kematian orang Islam. Dah boleh ke di Selangor?

Oh oooo ... COMANGO!!!

Banjir Di Klang - Menteri Besar Digesa Turun Padang

Gambar Mayat Puteri Diana Meninggal Kemalangan Tersebar (4 GAMBAR)

Gambar Mayat Puteri Diana Meninggal Kemalangan Tersebar (4 GAMBAR) | HARI ini di laman blog kakilepakz.blogspot.com dipaparkan gambar mayat mendiang bekas isteri Putera Charles, Puteri Diana yang meninggal akibat kemalangan jalan raya pada 31 Ogos 1997.
Gambar berkenaan turut disiarkan di laman web topnews.in sebuah laman portal berkaitan perundangan yang banyak membincangkan tentang kejadian kemalangan itu yang masih dibualkan sehingga hari ini.
Gambar itu menunjukkan mayat seorang wanita berambut perang dalam keeadaan ngeri di dalam beg mayat berwarna hitam. Disisinya terdapat beberapa orang anggota polis sedang memeriksa sesuatu dipercayai lokasi kemalangan itu.
Kemalangan itu berlaku di sebuah laluan bawah tanah di Pont de I’Alma di Paris, Perancis.
Turut maut dalam kemalangan itu Dodi Al-Fayed anak seorang jutawan Mohamed Al-Fayed yang juga teman lelakinya pada waktu itu, pengawal peribadi Kes Wingfield dan pemandu kereta Henri Paul.
Ketika itu Puteri Diana menaiki kereta jenis Mercedez Benz S280. Kemalangan berkenaan didalangi oleh konco-konco Putera Charles dek kerana hajat pasangan itu untuk bertunang seterusnya berkahwin.
Gambar mayat Diana itu adalah kemungkinan yang pertama kali disebarkan selepas tragedi kemalangan berkenaan.
Ekoran kemalangan Puteri Diana yang sepatutnya melawat Malaysia buat pertama kali pada tahun 1998 tidak sempat berbuat demikian.
Lawatan itu adalah undangan daripada ikon sosial dan kebajikan Sarawak Datuk Seri Ang Lai Soon yang banyak mengetuai banyak pertubuhan kebajikan di negeri bumi kenyalang itu.
Kami turut memaparkan beberapa gambar Puteri Diana bersama Dodi beberapa jam sebelum kemalangan itu.-mynewshub

Menteri Kesihatan cedera ringan dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan

MELAKA - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam cedera ringan di bahagian leher apabila kereta yang dinaikinya terbabas di Lebuhraya Utara Selatan di kawasan Pedas-Linggi, malam ini.
Pengerusi MIC Negeri Melaka, Datuk M.S Mahadevan berkata, ketika kejadian kira-kira 8.30 malam, Subramaniam dalam perjalanan ke Melaka untuk menghadiri mesyuarat membincangkan penganjuran Perhimpunan Agung MIC yang akan berlangsung pada 30 November di sini.
Beliau berkata, Subramaniam yang juga Timbalan Presiden MIC kini mendapatkan rawatan di Hospital Alor Gajah dan keadaan beliau adalah stabil.
"Setakat ini tahu cedera ringan dan beliau sedang dapatkan rawatan lanjut.
"Jika ada apa-apa serius kita akan bawa beliau untuk rawatan susulan di Hospital Besar Melaka,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1120&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_34.htm#ixzz2lCnBWnpK 
Hakcipta terpelihara 

KANTOI ! VIDEO ANWAR TUDUH @NAJIBRAZAK GUNA UNDI BANGLADESH !!

1. Kenyataan Anwar tentang 40,000 pengundi hantu




2. Rafizi pertahankan wujudnya pengundi hantu Bangladesh




3. Artikel blogger pembangkang (2hb Mei 2013) bertajuk 'Anwar Ibrahim dedah JPM terlibat seludup 40,000 warga asing Bangladesh menjelang 5 Mei'





4. Video kenyataan Anwar yang menuduh Najib Razak menipu dan bergantung kepada undi Bangladesh dan lain-lain : 


Rally di Kelana Jaya 8 Mei 2013

After all this, dengan tanpa malunya Anwar menuduh bloggers UMNO sebagai dalang kepada isu '40,000 pengundi hantu Bangladesh' ?

Apakah beliau fikir kita ini masih hidup dalam zaman batu lagi dan tidak akan dapat mencari bukti untuk mempertikaikan kesahihan penafian beliau itu? 

Apakah rakyat terlalu bodoh untuk percaya lagi setelah rakyat diperalatkan dan dicanangkan dengan pelbagai hasutan seperti Blackout 505?

Anda baca juga pendedahan ini : Klik Sini

Dato Seri Shahidan Kassim Mengulas Tentang Lawatan Datin Seri Rosmah Ke Qatar

ContohiLah BIG MAMA yg Sorang nie.... Bijak...Cerdik dan Berhemah dalam BerbeLanja...





Menabung Dari Keci lBoleh Beli CINCIN.....!!
Jangan Tak Tahu....Dengan Duit Tabung Juga Dah Beli JEt peribadi....ahakszz...

ANWAR NAFI PERNAH 'KELUARKAN' 40K PENGUNDI HANTU

Petikan artikel Malaysiakini hari ini menyatakan Anwar Ibrahim tak mengaku bahawa isu 40,000 pengundi hantu itu ditimbulkan oleh beliau , walau bagaimanapun ramai bloggers dah buat screen capture artikel yang ditulis oleh Keadilan Daily . Berikut adalah petikan artikel dari Keadilan Daily .

“Berdasarkan PENGIRAAN kami, 4,500 dibawa masuk ke KLIA SETIAP HARI. Penerbangan dibuat kecuali pada 1 Mei, dan BERMULA 25 April lalu. “Ini bermakna 40,000 individu ragu ada dan masih memasuki melalui KLIA, tak termasuk rakyat asing yang melalui jalan darat, pelabuhan dan fasiliti seperti LCCT,” kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Menurut Anwar, syarikat penerbangan tambang murah Air Asia dan MAS TERLIBAT selain Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Angkatan Tentera Malaysia. “Kami difahamkan pesawat C130 Hercules milik ATM digunakan untuk membawa pengundi hantu ke lapangan terbang kecil seperti di Batu Berendam (Melaka) dan Ipoh (Perak),” kata Anwar. - KEADILANDAILY, 2 MEI 2013.

Credit to blogger Gelombang Wangsa Maju 




Satu Malaysia dah kecoh pasal statement Anwar itu macam mana dia nak nafikan lagi ? Samalah ceritanya macam dia nafikan individu dalam video 'ehem-ehem' itu adalah diri beliau . Asyik menipu je Anwar ni , belum jadi PM dah menipu , kalau jadi PM lagi menjadi - jadi lah menipunya . Penyokong-penyokong Anwar jangan jadi tukang angguk je.. SUMBER 
http://miazarraannur.blogspot.com/2013/11/anwar-nafi-pernah-keluarkan-40k.html

Ucapkan terima kasih atas penat lelah Rosmah

Ramai orang mempersoalkan kewajaran isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor menggunakan jet eksekutif swasta yang dibiayai kerajaan serta mewakili negara untuk menghadiri satu Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa di Qatar baru-baru ini terutama di kalangan ahli parlimen pembangkang. Mereka cuba mendapatkan penjelasan daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mengenai isu ini di parlimen.



1. Apa salahnya isteri perdana menteri melawat Qatar sebagai wakil kerajaan? Kita sepatutnya bangga beliau mengharumkan nama negara Malaysia di luar negara.

2. Rakyat Malaysia tidak sepatutnya mempersoalkan perkara ini, bahkan kita seharusnya berterima kasih atas penat lelah yang ditanggung oleh isteri Perdana Menteri sepanjang lawatan di Qatar ini.


3. Presiden Obama pun tak hantar isteri jadi wakil tu lantak dia lah, mana boleh banding negara Malaysia yang jauh lebih maju dengan negara US.

4. Lawatan isteri PM ke Qatar pun sebenarnya jemputan yang dibuat bukan atas dasar kerajaan tetapi atas dasar peribadi. Mesyuarat kabinet jemaah menteri yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri pun dah luluskan penggunaan jet peribadi tu, so apa masalahnya?

5. Setelah dijemput bagi mewakili kerajaan Malaysia di forum berkenaan, secara tak langsung Rosmah membawa imej negara, walau bagaimanapun sebagai seorang wanita yang berstatus isteri kepada PM, adalah wajar untuk beliau menggunakan pesawat berkenaan kerana faktor masa dan keselamatan.

6. Tentu amat pelik sekali sekiranya isteri bagi pemimpin sesebuah negara terpaksa menunggu bersama-sama penumpang2 lain untuk menaiki pesawat komersil bagi menghadiri satu persidangan yang boleh membawa pelaburan yang besar dalam negara ini.


7. Dalam urusan perniagaan, imej perlu dijaga. Sudah tentu ada di antara ahli2 perniagaan wanita yang mempunyai empayar perniagaan yang besar di forum itu juga menaiki jet masing2 malah mungkin lebih baik dari jet kerajaan Malaysia dinaiki Rosmah itu sendiri.

8. Jadi apa pandangan ahli2 perniagaan ini terhadap Malaysia sekiranya isteri PM terpaksa menaiki pesawat komersil bagi menghadiri sidang itu? Miskin sangatkah negara ini sampai sanggup biarkan isteri pemimpin besar negara menaiki pesawat komersil? Jadi macam mana mereka boleh yakin untuk melabur dalam negara ni kalau pengangkutan rasmi kerajaan pun nak berkira?


9. Rakyat negara kita pun bukannya ramai sangat yang miskin dan daif sampai tahap kebuluran makanan, setakat nak keluarkan sedikit peruntukan dan perbelanjaan untuk lawatan ini bukanlah suatu perkara yang besar pun.

10. Malah sebagai seorang isteri kepada Perdana Menteri, kalau dia ada pesawat peribadi sendiri pun bukanlah suatu yang nak dihairankan sangat. Tak perlulah membesar2kan sesuatu sampai menjadi isu nasional sedangkan tiada apa isu pun sebenarnya.


11. Janganlah hanya kerana isu 'jet' yang tak relevan ini akhirnya membutakan mata kita dengan segala jasa dan kerja2 kebajikan yang telah dilakukan oleh DS Rosmah sebelum ini seperti Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak2 (PERMATA) yang telah terbukti keberkesanan dan kejayaannya di seantero dunia.


12. Aku menyeru kepada mana2 Bloggers dan Facebookers yang membuat cerita tidak elok mengenai isteri Perdana Menteri ini supaya membetulkan tulisan mereka dan bertaubat, lebih2 lagi DS Shahidan Kassim dah pun buat solat sunat.

13. Syabas buat ahli parlimen Barisan Nasional yang begitu bersemangat, bersungguh2 dan beria2mempertahankan isteri kepada Perdana Menteri yang kita semua sayangi di parlimen

Jika anda suka dengan artikel ini, sila tulis "Macam cilake!".
Jika anda tidak suka dengan artikel ini, sila tulis "Terima kasih Kak Mah!".

SUMBER :http://buasirotak.blogspot.com/2013/11/rakyat-harus-berterima-kasih-atas-penat.html

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.