Menteri Kesihatan cedera ringan dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan

MELAKA - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam cedera ringan di bahagian leher apabila kereta yang dinaikinya terbabas di Lebuhraya Utara Selatan di kawasan Pedas-Linggi, malam ini.
Pengerusi MIC Negeri Melaka, Datuk M.S Mahadevan berkata, ketika kejadian kira-kira 8.30 malam, Subramaniam dalam perjalanan ke Melaka untuk menghadiri mesyuarat membincangkan penganjuran Perhimpunan Agung MIC yang akan berlangsung pada 30 November di sini.
Beliau berkata, Subramaniam yang juga Timbalan Presiden MIC kini mendapatkan rawatan di Hospital Alor Gajah dan keadaan beliau adalah stabil.
"Setakat ini tahu cedera ringan dan beliau sedang dapatkan rawatan lanjut.
"Jika ada apa-apa serius kita akan bawa beliau untuk rawatan susulan di Hospital Besar Melaka,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1120&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_34.htm#ixzz2lCnBWnpK 
Hakcipta terpelihara 

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.