Temubual di CNN : Najib Kecam Tuduhan Anwar

alt

KUALA LUMPUR 1 Nov - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengecam tuduhan Pakatan Rakyat pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) yang berlangsung pada 5 Mei lalu adalah tidak telus.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, tuduhan Pakatan Pembangkang berhubung isu pengundi luar adalah satu serangan politik yang kotor bertujuan mengelirukan rakyat.

"Secara keseluruhannya dakwaan itu tidak berasas sama sekali.

"Sebagai contoh, mereka mendakwa kami membawa 40,000 warga Bangladesh untuk mengundi pada pilihan raya umum yang lalu. Dan sejak PRU-13 mereka tidak boleh menyediakan bukti mengenainya," katanya dalam satu temubual di saluran CNN hari ini.
 
alt

Najib menegaskan,  Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinannya bukan sahaja terbukti mempunyai rekod positif, malah turut mengambil sikap keterbukaan merealisasi tuntutan rakyat secara keseluruhan tanpa mengira fahaman politik.

Katanya, Kerajaan BN berusaha dalam mencapai matlamat jangka panjan dan wawasan untuk negara tetapi dalam mencapai kestabilan, 'majoriti rakyat tidak harus dipinggirkan'.

"Kami memenuhinya juga, dengan cara yang sangat inklusif, bagi minoriti kecil. Kami tidak rasis sama sekali," katanya.

Pada PRU13 lalu, BN berjaya mempertahankan pentadbiran Kerajaan Pusat dengan memperolehi 133 kerusi Parlimen manakala Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP, PKR dan Pas pula menang sebanyak 89 kerusi.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.