Guan Eng diasak Dedah 2,576 Perwakilan CEC kepada ROS

alt

PUTRAJAYA 17 Nov - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng didesak supaya mendedahkan senarai 2,576 perwakilan pada Pemilihan Khas Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) kedua pada 29 September lalu kepada pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS).

Penolong Setiausaha DAP Taman Seri Sungai Pelek, Wong Yu Liuh berkata, DAP hanya menyenaraikan seramai 1,756 perwakilan yang terlibat pada pemilihan khas CEC itu.

"Lim Guan Eng perlu memperjelaskan kepada semua kaum cina mengenai mengapa beliau enggan beri kepada ROS senarai lengkap nama seramai 2,576 perwakilan yang berhak hadir.

"(Hanya) seramai 1,756 perwakilan yang dijemput hadir pada Kongres Khas Pemilihan Semula pada 29 Sept lalu," katanya kepada pemberita ketika ditemubual di ROS disini, hari ini.
 
alt

Wong juga mempersoalkan tindakan pemimpin DAP itu yang masih tidak mengeluarkan senarai penuh kesemua 985 cawangan yang dijemput hadir pada pemilihan semua CEC pada 29 Sept lalu

"Kita hairan sebab semasa pemilihan CEC pada 15 Dis 2012, hanya 865 cawangan yang berhak hadir.

"Bagaimana boleh wujud sebanyak 120 cawangan tambahan. Bukankah ini satu kesalahan yang disengajakan sebab Lim Guan Eng takut kalah," katanya.

Sebelum ini, Ahli Cawangan DAP Taman Seri Sungai Pelek, Goh Swee Huat berkata aduan terhadap DAP perlu dikemukakan kepadaROS kerana parti tersebut perlu mengikut perlembagaan parti yang ditetapkan.

"DAP terutama Lim Guan Eng kena ikut perlembagaan parti dan bukan perlembagaan sendiri.

"Lim Guan Eng harus tahu apa erti Kongres Nasional, Kongres Istimewa dan Kongres National Istimewa," katanya.

Tambahnya, DAP jelas melanggar peraturan parti sendiri pada pemilihan CEC apabila tidak membuat pemilihan CEC bersama Kongres National

"Pemilihan CEC harus dibuat dengan Kongres National dan bukan Kongres Istimewa atau Kongres National Istimewa.

"Ini sudah melanggar undang-undang parti sendiri," ujarnya.

Disamping itu, beliau turut meminta supaya ROS bertindak tegas untuk membuat siasatan terhadap Lim Guan Eng yang disifatkan takut memberi laporan lengkap pemilihan CEC lalu.

Terdahulu, ROS telah menerima aduan bagi melakukan siasatan terhadap tindakan DAP yang menyalahgunakan kuasa membenarkan ahli lelaki muflis menjadi perwakilan pada Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) bagi jawatan Setiausaha Wanita parti berkenaan.

Aduan tersebut telah dibuat oleh Bekas Juruaudit DAP Cawangan Serdang Baru, Yap Kon Min dan telah diserahkan kepada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Pertubuhan, Dasmond Das Michael Das di ibu pejabat ROS.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.