Karpal Harus Minta Maaf, Tarik Kenyataan - Dewan Pemuda Pas


KUALA LUMPUR 6 Nov - Dewan Pemuda PAS meminta Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk menarik balik dan memohon maaf secara terbuka kepada PAS berhubung cadangannya supaya parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama termasuk PAS dibatalkan pendaftaran.
 
Ketuanya, Kamaruzaman Mohamad dalam satu kenyataan hari ini berkata, Karpal perlu berbuat demikian bagi mengelakkan hubungan di dalam Pakatan Rakyat terjejas.
 
"Kami, dari Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, berharap Karpal akan menarik balik kenyataannya dan memohon maaf secara terbuka terutamanya kepada PAS. Kami tidak mahu hubungan dalam Pakatan Rakyat terjejas," kata.
 
Semalam,Karpal mencadangkan parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran atau diubah suai agar boleh disertai oleh semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
   
Karpal berkata cara tersebut merupakan jawapan kepada konsep perpaduan yang menjadi amalan selama ini.
 
"Masanya sudah tiba bagi semua parti berasaskan kaum dibatalkan pendaftarannya termasuk, malang sekali, PAS," katanya.
 
Tambah Kamaruzaman berkata Karpal tidak harus menyamakan PAS dengan parti politik berasaskan agama dan kaum lain atau badan profesional.
 
"Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Peribahasa ini jelas menggambarkan kenyataan pengerusi DAP itu," katanya.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.