Ucapkan terima kasih atas penat lelah Rosmah

Ramai orang mempersoalkan kewajaran isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor menggunakan jet eksekutif swasta yang dibiayai kerajaan serta mewakili negara untuk menghadiri satu Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa di Qatar baru-baru ini terutama di kalangan ahli parlimen pembangkang. Mereka cuba mendapatkan penjelasan daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mengenai isu ini di parlimen.



1. Apa salahnya isteri perdana menteri melawat Qatar sebagai wakil kerajaan? Kita sepatutnya bangga beliau mengharumkan nama negara Malaysia di luar negara.

2. Rakyat Malaysia tidak sepatutnya mempersoalkan perkara ini, bahkan kita seharusnya berterima kasih atas penat lelah yang ditanggung oleh isteri Perdana Menteri sepanjang lawatan di Qatar ini.


3. Presiden Obama pun tak hantar isteri jadi wakil tu lantak dia lah, mana boleh banding negara Malaysia yang jauh lebih maju dengan negara US.

4. Lawatan isteri PM ke Qatar pun sebenarnya jemputan yang dibuat bukan atas dasar kerajaan tetapi atas dasar peribadi. Mesyuarat kabinet jemaah menteri yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri pun dah luluskan penggunaan jet peribadi tu, so apa masalahnya?

5. Setelah dijemput bagi mewakili kerajaan Malaysia di forum berkenaan, secara tak langsung Rosmah membawa imej negara, walau bagaimanapun sebagai seorang wanita yang berstatus isteri kepada PM, adalah wajar untuk beliau menggunakan pesawat berkenaan kerana faktor masa dan keselamatan.

6. Tentu amat pelik sekali sekiranya isteri bagi pemimpin sesebuah negara terpaksa menunggu bersama-sama penumpang2 lain untuk menaiki pesawat komersil bagi menghadiri satu persidangan yang boleh membawa pelaburan yang besar dalam negara ini.


7. Dalam urusan perniagaan, imej perlu dijaga. Sudah tentu ada di antara ahli2 perniagaan wanita yang mempunyai empayar perniagaan yang besar di forum itu juga menaiki jet masing2 malah mungkin lebih baik dari jet kerajaan Malaysia dinaiki Rosmah itu sendiri.

8. Jadi apa pandangan ahli2 perniagaan ini terhadap Malaysia sekiranya isteri PM terpaksa menaiki pesawat komersil bagi menghadiri sidang itu? Miskin sangatkah negara ini sampai sanggup biarkan isteri pemimpin besar negara menaiki pesawat komersil? Jadi macam mana mereka boleh yakin untuk melabur dalam negara ni kalau pengangkutan rasmi kerajaan pun nak berkira?


9. Rakyat negara kita pun bukannya ramai sangat yang miskin dan daif sampai tahap kebuluran makanan, setakat nak keluarkan sedikit peruntukan dan perbelanjaan untuk lawatan ini bukanlah suatu perkara yang besar pun.

10. Malah sebagai seorang isteri kepada Perdana Menteri, kalau dia ada pesawat peribadi sendiri pun bukanlah suatu yang nak dihairankan sangat. Tak perlulah membesar2kan sesuatu sampai menjadi isu nasional sedangkan tiada apa isu pun sebenarnya.


11. Janganlah hanya kerana isu 'jet' yang tak relevan ini akhirnya membutakan mata kita dengan segala jasa dan kerja2 kebajikan yang telah dilakukan oleh DS Rosmah sebelum ini seperti Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak2 (PERMATA) yang telah terbukti keberkesanan dan kejayaannya di seantero dunia.


12. Aku menyeru kepada mana2 Bloggers dan Facebookers yang membuat cerita tidak elok mengenai isteri Perdana Menteri ini supaya membetulkan tulisan mereka dan bertaubat, lebih2 lagi DS Shahidan Kassim dah pun buat solat sunat.

13. Syabas buat ahli parlimen Barisan Nasional yang begitu bersemangat, bersungguh2 dan beria2mempertahankan isteri kepada Perdana Menteri yang kita semua sayangi di parlimen

Jika anda suka dengan artikel ini, sila tulis "Macam cilake!".
Jika anda tidak suka dengan artikel ini, sila tulis "Terima kasih Kak Mah!".

SUMBER :http://buasirotak.blogspot.com/2013/11/rakyat-harus-berterima-kasih-atas-penat.html

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.