Projek MRT dijangka 30% Siap Hujung Tahun ini

alt

KUALA LUMPUR 6 Nov - Projek pembinaan Mass Rapit Transit (MRT) dijangka  30 peratus siap menjelang hujung tahun ini setelah dilancarkan dua tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp., Datuk Wira Azhar Abdul Hamid berkata projek MRT yang melibatkan proses pembinaan sepanjang 51km itu akan bermula dari Sg. Buloh ke Kajang setakat ini telah siap sebanyak 28.55 peratus.

"Secara keseluruhan proses pembinaan MRT dari 51km Sg Buloh ke garis Kajang berjumlah 28.55 peratus selepas dua tahun pelancarannya.

“Kos terkini dalam proses pembinaan yang melibatkan peratusan itu adalah pada peringkat RM4 bilion," katanya kepada pemberita ketika membuat sidang media di Ibu Pejabat MRT Corperation di sini, hari ini.
 
alt

Menurut Wira, MRT akan memulakan operasi bagi kepentingan penduduk Malaysia untuk menggunakan pengangkutan awam dengan terbahagi kepada dua fasa iaitu pada 31 Dis 2016 dan 31 Julai 2017.

"Kami berhasrat untuk memulakan operasi pada fasa satu antara Sungai Buloh dan stesen Semantan pada 31 Dis, 2016 dan fasa kedua yang meliputi baki garisan dari Semantan ke Kajang pada 31 Julai 2017.

"Landasan bermula dari Sungai Buloh yang terletak di utara -barat Kuala Lumpur, berjalan melalui pusat bandar Kuala Lumpur, dan berakhir di Kajang , sebuah bandar yang berkembang pesat terletak di selatan -timur Kuala Lumpur.

Tambah Azhar, pencapaian projek MRT sebanyak 28.55 peratus itu merupakan satu pencapaian yang bermakna bagi pihaknya dan kakitangan yang terlibat.
 
"Sejak tahun lalu , pembinaan hanya sebagai 3 peratus. Tetapi hari ini, ia telah mencapai 28.55 peratus. Ini bermakna projek MRT berada di landasan (siap)", Katanya.

Laluan bertingkat MRT yang terdiri daripada seksyen utara dan seksyen selatan melibatkan sepanjang 41.5km dan bahagian bawah tanah adalah sepanjang 9.5km.

MRT akan mempunyai 31 stesen yang mana 7 daripadanya merupakan stesen bawah tanah.

Ianya mampu membawa 400,000 penumpang sehari dan dijangkakan memberi manfaat kepada 1.2 juta orang yang tinggal di sepanjang laluan berkenaan.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.