Permohonan Cuti Deepavali Diserah Kepada PM

alt
 
KUALA LUMPUR 2 Nov - Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel berkata, pihaknya menyerahkan keputusan berhubung permohonan supaya cuti umum dua hari diberi sempena perayaan Deepavali telah dipanjangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Menurut Palanivel, Najib dalam reaksinya memaklumkan akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan berhubung perkara itu.
 
"Beliau (Najib) akan berbincang dengan pihak berkenaan sebelum mengumumkan apa-apa keputusan kemudian," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Deepavali MIC 2013 di perkarangan kuil Batu Caves di sini hari ini.
 
Selain Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional, rumah terbuka yang dihadiri ribuan rakyat pelbagai kaum itu turut disertai isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta barisan kepimpinan MIC yang lain.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.