Banjir Di Klang - Menteri Besar Digesa Turun Padang

               

            


alt
 
KLANG 16 Nov - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digesa turun padang untuk mendengar masalah penduduk yang kenderaan mereka ditenggelami air semalam.
 
Presiden Persatuan Kebajikan India Malaysia (PKIM), A. Prakash berkata, penduduk berasa kecewa dengan tindakan kerajaan negeri yang tidak mengambil berat akan kebajikan penduduk.
 
"Ini adalah kali pertama banjir teruk berlaku sehingga kenderaan mereka ditenggalami air tetapi masih tidak dapat sebarang bantuan daripada kerajaan negeri,
 
"Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, tidak menghantar sebarang wakil untuk bertanyakan mengenai masalah banjir ini," katanya kepada pemberita di Taman Permai Indah di sini hari ini.
 
alt
 
Menurut beliau, hampir 90 peratus kenderaan di sini ditenggelami air dan menyebabkan mereka tidak dapat pergi kerja. 
 
"Boleh dikatakan 90 peratus kenderaan tenggelam tetapi tiada sebarang bantuan diterima sehingga hari ini.
 
"Pihak kami terpaksa mencari bukan kerajaan negeri Selangor untuk bantu kami mengurangkan air mengalir, ujarnya. 
 
Kejadian berlaku bermula 6 hingga 10 pagi semalam, menyebabkan kenderaan penduduk ditenggelami air dan memerlukan sokongan daripada kerajaan negeri Selangor dari segi kewangan kerana kenderaan tersebut perlu dibaiki semula. 

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.