Adnan Yaakob dimasukkan ke ICU Hospital Pakar Perubatan Prince Court....Kini Semakin Sembuh

Photo: Tuesday, November 12, 2013.

Adnan Yaakob dimasukkan ke ICU Hospital Pakar Perubatan Prince Court...

Keadaan kesihatan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar Perubatan Prince Court 4 November lalu kini semakin pulih.

Dalam satu kenyataan ringkas yang diterima Bernama menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), Adnan berkata, beliau dimasukkan ke ICU hospital berkenaan kerana disyaki terkena jangkitan kuman sama ada Leptospirosis atau Melioidosis.

"Serangan bermula semasa saya dalam perjalanan ke Stadium Shah Alam pada petang 3 November yang lalu...Alhamdulillah, saya telah dikeluarkan dari ICU dan dipindahkan ke wad biasa pada 8 November yang lalu setelah disahkan pulih seperti sediakala.

"Pihak hospital bercadang melepaskan saya pada 10 November yang lalu tetapi saya memilih untuk terus berehat di hospital sehingga hujung minggu ini dan mula bertugas seperti biasa mulai minggu hadapan," katanya.

Anggota Dewan Undangan Negeri Pelangai itu juga berkata keadaan kesihatan beliau juga sudah dimaklumkan kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.- Bernama
Posted by Anak Sungai Derhaka at Tuesday, November 12, 2013 

Anak Sungei Derhaka.Keadaan kesihatan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar Perubatan Prince Court 4 November lalu kini semakin pulih.
Dalam satu kenyataan ringkas yang diterima Bernama menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), Adnan berkata, beliau dimasukkan ke ICU hospital berkenaan kerana disyaki terkena jangkitan kuman sama ada Leptospirosis atau Melioidosis.

"Serangan bermula semasa saya dalam perjalanan ke Stadium Shah Alam pada petang 3 November yang lalu...Alhamdulillah, saya telah dikeluarkan dari ICU dan dipindahkan ke wad biasa pada 8 November yang lalu setelah disahkan pulih seperti sediakala.

"Pihak hospital bercadang melepaskan saya pada 10 November yang lalu tetapi saya memilih untuk terus berehat di hospital sehingga hujung minggu ini dan mula bertugas seperti biasa mulai minggu hadapan," katanya.

Anggota Dewan Undangan Negeri Pelangai itu juga berkata keadaan kesihatan beliau juga sudah dimaklumkan kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.- Bernama
Posted by Anak Sungai Derhaka at Tuesday, November 12, 2013

Anak Sungei Derhaka.


sumber :http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2013/11/adnan-yaakob-dimasukkan-ke-icu-hospital.html

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.