KUALA LUMPUR 6 Nov - Isu kalimah Allah terus mencetuskan kontroversi apabila seorang remaja berbangsa Cina secara terbuka menghina kalimah suci itu menerusi laman facebook miliknya.
Tindakan pemilik laman sosial bernama Alex Tan itu mula disebarkan di beberapa laman blog pada malam tadi yang mengutuk perbuatan biadap sekaligus disifatkan tidak menghormati agama Islam di Negara ini.
Malah mereka turut mendesak agar pihak Kerajaan terutamanya Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengambil tindakan tegas terhadap remaja yang dipercayai berstatus warganegara Malaysia itu.
Pada 3 September lalu, insiden yang sama berlaku terhadap seorang pemilik laman facebook bernama Adlin Abd Jalil yang telah memaparkan gambar babi panggang dengan tertera nama Allah dan Muhammad serta logo halal JAKIM.
Tindakan tersebut telah menyebabkan beberapa pihak termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO) membuat laporan polis dan mendesak pihak Kerajaan mengenalpasti identiti suspek kerana ianya telah mengundang kemarahan seluruh umat Islam di Malaysia.

0 comments:
Post a Comment