SERDANG 9 Nov - Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan menyifatkan tindakan tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR) Sabah keluar parti sebagai tindakan yang bijak.
Menurut beliau, perkara tersebut merupakan perkembangan baik bagi Barisan Nasional (BN) ekoran ketiga-tiga ADUN tersebut melakukan tindakan yang rasional sebagai wakil rakyat.
"Ini perkembangan yang menarik dan melambangkan pembangkang semakin tiada tempat terutama dalam (negeri) Sabah.
"ADUN yang keluar daripada parti ini pada saya mereka merupakan seorang yang rasional dan praktikal dari segi mewakili rakyat kerana mereka yakin bahawa parti mereka tidak dapat membangunkan rakyat ," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau ditemui pada Majlis Sambutan Ma'al Hijrah dan Hari Tenaga Pengajar Silat Cekak Pusaka Hanafi 2013 di Universiti Putera Malaysia.
Ahmad berkata demikian bagi mengulas perletakan jawatan tiga ADUN pembangkang di Sabah termasuk ADUN Kadamaian Jeremmy Malajad (PKR), ADUN Matunggong Datuk Jelani Hamdan (PKR) dan ADUN Luyang Dr Hiew King Cheu (DAP).
Jelas Ahmad, keputusan tersebut jelas menunjukkan pembangkang gagal mentadbir pakatan mereka serta gagal mengurus wakil rakyat negeri Sabah.
"Sudah tentu pembangkang tidak dapat membangunkan Sabah. Mereka rasional dan praktikal kerana (saya) yakin parti mereka tidak dapat membangunkan rakyat.
"Saya lihat ketiga-tiga ADUN keluar parti kerana rakyat dan untuk pembangunan setempat. Ini merupakan satu langkah yang bijak," katanya.
Sebelum ini, Jeremmy yang merupakan Ketua Penerangan PKR Sabah mengumumkan untuk keluar dari PKR dan menjadi wakil bebas pro-BN diikuti Jelani yang menjawat Naib Presiden PKR Sabah mengikuti jejak Jeremmy.
Sementara itu, Dr Hiew yang juga Penasihat DAP Sabah bertindak untuk bergerak sebagai ADUN Bebas selepas berhadapan dengan krisis dalaman DAP semenjak berakhir Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

0 comments:
Post a Comment