Khalid Samad : PAS Tolak Cadangan Karpal Singh

alt

KUALA LUMPUR 6 Nov -  Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad menyifatkan cadangan Pengerusi DAP,  Karpal Singh supaya menarik semula pendaftaran parti politik  yang berasaskan kepada kaum dan agama adalah tidak releven.

Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, PAS akan mempertahankan perjuangan parti yang berasaskan politik Islam malah tidak mempunyai sebarang agenda politik kepentingan kelompok tertentu.

"Walaupun PAS ini merupakan parti berasakan politik islam tetapi ianya bukan merupakan parti yang memperjuangkan kepentingan kelompok tertentu.

"Kita memahami (dasar) Islam itu menuntut umatnya memperjuangkan kepentingan keseluruhan manusia." katanya kepada Rakyat News di lobi Parlimen hari ini.

Khalid walaubagaimanapun bersetuju dengan pandangan Karpal jika ianya melibatkan parti politik yang berasaskan cauvinis dan perkauman sempit yang sememangnya tidak selari dengan dasar PAS.

"Parti-parti yang berasaskan kaum memang releven apa yang dicadangkan Karpal Singh kerana terikat kepada perjuangan kaum dan tidak berasaskan Agama.

"PAS tidak memperjuangkan dasar Cauvinis (perkauman) kerana Islam merupakan satu Agama yang merentasi segala-galanya," katanya.

Beliau juga menggesa Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu memberi penjelasan kepada PAS dan Pakatan Rakyat agar tidak berlaku kekeliruan di kalangan semua pihak.

Semalam, Karpal telah mengeluarkan kenyataan mencadangkan agar parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran atau diubah suai agar boleh disertai oleh semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
   
Katanya, cara tersebut merupakan jawapan kepada konsep perpaduan yang menjadi amalan selama ini

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.