Perisikan Sulit : Khairy Tempelak Tindakan AS

alt

KUALA LUMPUR 1 Nov - Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menempelak Amerika Syarikat (AS) susulan laporan kegiatan perisikan sulit yang dihantar ke Malaysia oleh bekas Pakar Perisik Komputer National Security Agency (NSA), Edward Snowden baru baru ini.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, tindakan AS dilihat seolah-olah merendah-rendahkan martabat Malaysia dalam menangani isu keselamatan.

"Kegiatan perisikan AS tersebut dilihat sebagai mempertikaikan kedaulatan negara Malaysia termasuk negara-negara yang menjadi sasaran.

“Laporan kegiatan perisikan yang dibocorkan Snowden itu, menimbulkan persoalan tentang keikhlasan dasar hubungan diplomatik AS.

“Pemuda UMNO melihat tindakan ini sebagai merendah-rendahkan martabat atau kedaulatan negara,” katanya dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Menteri Belia dan Sukan itu  turut mempersoalkan penjelasan wakil Duta AS ke Malaysia, Joseph Y. Yun yang menjelaskan tujuan risikan tersebut bagi memantau kegiatan pengganas di rantau Asia Tenggara.

“Alasan Duta AS tidak boleh diterima sama sekali yang kononnya bertujuan memantau kegiatan pengganas dan senjata pemusnah besar-besaran (WMD)"

“Jika AS  ikhlas dengan persahabatan yang telah dijalinkan sejak sekian lama dengan negara kita, mereka hanya perlu meminta bantuan.

“Bekerjasama rapat dan berkongsi maklumat tentang ancaman tersebut dengan pihak berkuasa Malaysia seperti polis dan tentera untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.

Laporan baru-baru ini mendedahkan terdapat risikan dari AS secara sulit di lima buah kedutaan di Asia Tenggara.

Selain Malaysia, risikan AS turut dijalankan di Jakarta, Bangkok, Phnom Penh dan Yangon.

Majalah nombor satu Jerman Der Spiegel turut menerbitkan peta lokasi risikan Amerika yang direka untuk memantau talian telefon serta rangkaian komunikasi di 90 buah lokasi seluruh dunia

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.