2 ADUN Sabah Keluar PKR : Kecam Anwar Pemimpin Tak Relevan

alt
 
KUALA LUMPUR 26 Nov - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong Dato' Jelani Hamdan hari ini menyelar Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin tidak relevan.
 
Beliau berkata, tindakan 11 ketua cabang PKR yang bertindak keluar parti kerana  yakin dengan kepimpinan Barisan Nasional dalam membawa pembangunan di Sabah.
 
"Hanya orang yang bersetuju dengan cara Anwar sahaja menyatakan beliau relevan menjadi pemimpin,
 
"Tetapi, tidak relevan untuk saya," katanya kepada pemberita di sidang media Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini. 
 
Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
 
Terdahulu, Najib mengumumkan seramai 11 ketua cabang termasuk dua ADUN PKR Sabah keluar parti dan menyokong BN.
 
Beliau merupakan salah seorang ADUN yang menyokong kepimpinan Perdana Menteri itu.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.