KUALA LUMPUR 9 Nov - Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini mempersoalkan penubuhan Gabungan Hak Asasi Manusia (COMANGO), sebuah gabungan lebih daripada 40 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) mempromosikan hak Lesbian, Gay, Bisexual dan Transexual (LGBT) yang terbukti bertentangan dengan ajaran Islam.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan tegas mesti dilakukan bagi menghalang sebarang kegiatan menerusi NGO itu yang turut dianggap tidak menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
"Di mana ia (COMANGO) mengatakan bahawa perkahwinan sama jantina harus dibenarkan ? Malah haiwan sendiri lebih baik. Adakah lembu pernah cuba untuk mengawan dengan pasangannya berjantina jantan?," katanya ketika menghadiri Rumah Terbuka Deepavali anjuran Majlis NGO kaum Malaysia (Mirac) di sini hari ini .
Sebelum ini, beberapa wakil parti politik dan NGO turut menyelar penubuhan COMANGO yang turut mengelirukan sentimen agama sekaligus mencabar undang-undang Syariah negara.

Sementara itu, Ibrahim Ali turut menafikan tuduhan beberapa pihak tertentu yang mendakwa pertubuhan itu merupakan sebuah organisasi bersifat perkauman.
Tambahnya, laporan dan kenyataan yang dilemparkan menerusi beberapa portal berhubung tuduhan tersebut disifatkan sebagai fitnah dan bertujuan bagi menarik lebih ramai pembaca semata-mata.
"Ini semua adalah pembohongan dan kepalsuan yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab cuba untuk memecahbelah rakyat di negara ini.
"Saya tidak faham mengapa berita portal online tertentu membuat kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak yang bukan mewakili Perkasa. Mungkin hendak mendapatkan lebih banyak hits (pembaca) apabila mereka berbuat demikian," katanya.

0 comments:
Post a Comment