KOTA BHARU 21 Okt - Kerajaan PAS Kelantan mengaku masih merujuk kepada bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam mengurus negeri itu.
Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata ini kerana Nik Abdul Aziz masih memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Kelantan.
"Dalam parti Tok Guru (Nik Abdul Aziz) masih lagi Pesuruhjaya (PAS) Negeri Kelantan. Di situlah forum kita pada setiap minggu, (selain) mesyuarat Dewan Harian dengan semua kepimpinan yang masih dikekalkan sehingga Muktamar PAS akhir tahun ini.
"Mungkin ada perubahanlah. Sehingga kini kepimpinan parti (di Kelantan)masih kekal," katanya selepas merasmikan Sambutan 23 Tahun Kelantan Membangun Bersama Islam di pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV, di sini Isnin.
Terdahulu, Nik Abdul Aziz melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) Mei lalu hampir lebih 20 tahun memegang jawatan itu sejak PAS memerintah Kelantan pada 1990.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon untuk PRK DUN Sungai Limau pada Rabu ini, manakala pengundian pula pada 4 November.

0 comments:
Post a Comment