Khairy Berlakon, Jual Ayam Percik

alt
 
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akan muncul dalam filem pendek berjudul Inspektor Mastura arahan Elaine Daly menerusi saluran Astro First bermula 7 November depan.
 
Khairy yang memegang watak sebagai penjual ayam percik di pasar malam dalam filem pendek itu setelah bersetuju dengan pelawaan Elaine.
 
"Saya terjumpa Khairy di sebuah acara pada Oktober tahun lalu dan terus bertanya sama ada dia berminat untuk berlakon dalam filem pendek saya atau tidak kerana saya mahu watak penjual ayam percik lakonan seorang lelaki yang tiada kaitan dengan industri hiburan.
 
"Tak sangka pula beliau mahu menerima tawaran tersebut," katanya kepada mStar Online.
 
Filem pendek berkenaan dihasilkan sempena projek Ikal Mayang: Telling Women Stories cetusan idea daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Women: Girls.
 
Filem pendek tersebut turut menampilkan pelakon Sharifah Aleya dan Beto Khusyairy, dan penyampai radio Suria FM, Adibah Noor.
 
Inspektor Mastura mengisahkan dilema seorang wanita yang cuba menjauhkan hatinya terhadap perasaan cinta.
 
Beto memegang watak Inspektor Tahir menyimpan perasaan terhadap rakan setugasnya, namun ia tidak berbalas.
 
Ia merupakan salah satu daripada 15 filem pendek yang dihasilkan oleh pengarah filem wanita dan bakal disiarkan menerusi saluran Astro First bermula 7 November depan.
 
Bagaimanapun hanya enam buah filem sahaja yang dipilih untuk ditayangkan menerusi saluran berkenaan termasuklah filem arahan Sofia Jane iaitu 1-800-Baby, Vanidah Imran (Pantang), Dira Abu Zahar (Jerat Suami), Aida Fitri Buyung (Nawar) dan Junaidah M. Nor (Odah).

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.