Transformasi Pemilihan UMNO Bukti Kematangan Politik Parti

alt
KUALA LUMPUR 20 Okt - Sistem pemilihan UMNO bagi sesi kali ini disambut baik para ahli dan perwakilan seluruh negara membuktikan kematangan politik yang tinggi UMNO.

Naib Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) Zulkifli Noordin berkata, transformasi tersebut juga memberi ruang kepada semua yang terlibat untuk menyatakan suara dengan lebih jelas.

"Tiada istilah menang atau kalah dalam pemilihan kali ini. Ianya adalah persoalan memikul amanah dan tanggungjawab.

Kepada mereka yang baru diberi mandat oleh ahli, saya ucapkan tahniah dan bersyukurlah. Jauhi sikap takbur dan meninggi diri," katanya menerusi laman blog peribadi beliau, hari ini.

Menurut Zulkifli, para perwakilan yang dipilih untuk memikul tanggungjawab dalam parti tidak meyalahgunakan kuasa dengan menganggap jawatan tersebut sebagai cara mendapatkan habuan tetapi sebagai amanah untuk disempurnakan.
alt
"Kepada mereka yang tidak terpilih dalam pemilihan ini, sumbangan saudara/saudari tetap diperlukan dan dihargai parti.

"Suara dan sumbangan saudara akan tetap diberi tempat dan perhattian di dalam perjuangan parti kita," katanya.

Tambahnya, UMNO sebagai parti yang besar perlu berganding bahu untuk terus memperjuangkan nasib, agama, bangsa dan tanah air.

"Marilah kita merapatkan saf kita dan bersatu dalam perjuangan. Ukhwah & kesatuan yang berteraskan kepada membela agama, bangsa dan negara adalah sumber kekuatan UMNO," ujarnya.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.