Calon Naib Presiden Umno Boleh Kemuka Pandangan Dalam Program Bual Bicara


alt
 
KUALA LUMPUR 7 Okt - Kesemua calon Naib Presiden UMNO boleh mengemukakan pandangan mereka sendiri dalam program bual bicara di RTM dan BERNAMATV.
 
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mengalu-alukan cadangan diadakan perbahasan serentak dalam kalangan enam calon itu, bagaimanapun ia perlu dibuat dalam bentuk forum yang membenarkan setiap calon mengemukakan pandangan. 
 
Menurut Ahmad Shabery, RTM akan menampilkan enam calon itu secara serentak, manakala BERNAMATV pula akan menyiarkan perbahasan itu bermula jam 10 malam selama dua malam berturut-turut, pada 15 dan 16 Oktober. 
 
Ia didahului dengan tiga pencabar, iaitu Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad dan  Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada malam pertama.
 
Diikuti giliran ketiga-tiga penyandang jawatan pada malam berikutnya iaitu Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. 
 
Ahmad Shabery berkata, BERNAMATV yang juga penyiar rasmi Pemilihan UMNO 2013, mengadakan lintas langsung dan program bual bicara sejak 21 September lalu ketika majlis penyerahan borang oleh calon. 
 
BERNAMATV kini menyiarkan dua program, iaitu Ruang Bicara dan Bicara Calon, masing-masing selama satu jam dan setengah jam pada 10 malam dan 11 malam setiap hari. Sesi temuramah berkenaan termasuk dengan calon ketua ketiga-tiga sayap. 
 
Kedua-dua program itu akan disiarkan sehingga hari pemilihan ketiga-tiga sayap parti pada 12 Oktober dan pemilihan MT pada 19 Oktober. BERNAMATV juga akan menyiarkan secara langsung proses pengundian di dua UMNO bahagian pada 12 dan 19 Oktober. 

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.