Keputusan Naib Presiden UMNO : Tiada Pengundian Semula

alt

KUALA LUMPUR 20 Okt - Gesaan untuk mengadakan pengundian semula di tiga bahagian parti yang mencatatkan jumlah seri diantara dua pesaing jawatan Naib Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein dan Datuk Mukhriz Mahatir ditolak Jawatankuasa Pemilihan UMNO kali ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Tajol Rosli Mohd Ghazali berkata, pengundian semula bagi kedua-dua calon tidak perlu dilakukan berdasarkan jumlah undi yang di perolehi Hishammudin dan Mukhriz.

"Kita ada tiga bahagian yang mana undi diantara Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Mukhriz sama.

"Tetapi oleh kerana perbezaan diantara 100 undi (Hishammuddin) dengan 91 undi (Mukhriz) merupakan sembilan undi, maka kita tidak mintak supaya cabut undi atau dibuat pemilihan semula.Tapi jika undi itu berbeza tiga, kita mintak diadakan pemilihan semula," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika membuat sidang media selepas mengumumkan nama Ahli Majlis Tertinggi UMNO bagi penggal 2013/2016 di Pusat Dagangan Dunia Putera, malam tadi.

Tiga bahagian yang disahkan mencatatkan keputusan seri antara Hishammuddin dan Mukhriz ialah Baling, Sempoerna dan Keningau.

Keputusan rasmi bagi saingan Naib Presiden menyaksikan status quo apabila kesemua penyandang sebelum ini berjaya mengekalkan penguasaan masing-masing.

Bagi keputusan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diumum mendapat undi tertinggi iaitu 185 undi sementara Datuk Seri Shafie Apdal memperoleh 174 undi diikuti Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein dengan memperoleh 100 undi dan Datuk Mukhriz Mahathir dengan 91 undi.

Manakala dua lagi calon Naib Presiden, Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam masing-masing memperoleh tujuh undi.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.