Pemilihan Umno: Calon Dibenar Kempen Secara Terbuka

alt
 
KUALA LUMPUR 7 Okt - Calon yang bertanding dalam pemilihan Umno Oktober ini boleh berkempen secara terbuka tetapi Lembaga Displin parti itu tidak akan sesekali melonggarkan tata etika yang ditetapkan kata Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas.
 
Pemangku Pengerusi Lembaga Displin Umno, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas berkata,  tidak ada masalah bagi calon yang ingin memperkenalkan diri serta visi dan misi yang hendak mereka utarakan kepada para perwakilan.
 
"Peraturan dan garis panduan yang ditetapkan memang tidak boleh dilonggarkan namun kalau nak berkempen dengan cara memperkenalkan diri, bagi visi dan misi itu boleh," katanya dipetik daripada Utusan Malaysia.
 
Beliau mengulas kritikan terhadap tindakan jawatankuasa pemilihan parti meletakkan pelbagai peraturan kepada calon bertanding di peringkat bahagian dan pusat mengatakan sekiranya calon membawa perangai yang teruk maka ia akan menjadi kerugian kepada Umno.
 
Sebelum ini, calon Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan  menyifatkan sebahagian peraturan dalam pemilihan parti Melayu itu kali ini kurang bijak dan boleh membantutkan proses pemilihan.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.