Perwakilan PBB Matang Pilih Pergerakan Pemuda Parti

alt
KUCHING 19 Okt - Keputusan dalam Pemilihan Naib Ketua Pemuda Majlis Tertinggi Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) memperlihatkan kematangan para perwakilan dalam memilih pemimpin.

Menurut Ripin Lamat yang memenangi jawatan Naib Ketua Pemuda Bumiputera, para perwakilan telah memilih perpaduan dan persefahaman untuk parti setelah menunjukkan sifat matang ketika membuat pemilihan.

"Ini menunjukkan kematangan dan azam kesungguhan ahli parti mementingkan perpaduan dan kerjasama dalam PBB terutama di dalam pergerakan Pemuda," katanya kepada pemberita selepas mendengar keputusan Pemilihan Naib Ketua Pemuda Majlis Tertinggi Pemuda PBB di Pusat Konvensyen Borneo malam tadi.

Ripin memperolehi 170 undi dalam pertandingan 4 penjuru bagi jawatan Naib Ketua Pemuda bagi kuota Bumiputera (Melayu & Melanau). Tiga calon lain yang bertanding ialah Halmi Morsili, Abdul Aziz Tan Sri Adenan dan Haider Heli.

Dalam pada itu bagi jawatan Naib Ketua Pemuda untuk kuota Pesaka yang diperuntukkan kepada kelompok Bidayuh/Orang Hulu dan Iban pula dimenangi Kr. Stanley Sila dan Bell Bernard Anggan.

Kedua-dua calon itu menang tanpa bertading.

[Keputusan Penuh]

Sementara itu menurut Ketua Pergerakan Pemuda PBB Datuk Fadillah Yusuf, proses pemilihan pada kali ini berjalan dengan baik malah menunjukkan budaya demokrasi terus dipraktikkan dalam parti itu.

"Saya lihat minat (penyertaan calon) dikalangan pegerakan Pemuda amat baik, maknanya demokrasi di sini amat hidup sekali. Ini menunjukkan kematangan dikalangan ahli dan kepimpinan kita diperingkat cawangan," ujar beliau.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.