Khairy : PR Perlu Belajar Cara Demokrasi UMNO

               

              

Parti pembangkang perlu belajar daripada cara pemilihan jawatan UMNO yang mengamalkan sistem demokrasi kepada ahli perwakilan untuk memilih calon yang dikehendaki.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, laungan demokrasi oleh Pakatan Rakyat (PR) sememangnya tidak menggambarkan parti tersebut mengamalkan sistem demokrasi setelah cara pemilihan parti tersebut berlainan daripada UMNO yang mengamalkan sistem demokrasi.

"Parti DAP yang dalam namanya mempunyai perkataan demokrasi tetapi bila datang kepada pemilihan parti sendiri (mereka) terpaksa membuat dua kali.

"Yang pilih dalam Setiausaha Agung DAP bukannya pewakilan bahagian atau pusat sebaliknya hanya 20 orang Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat yang memilih jawatan nombor satu dalam DAP. Hanya 20 orang sahaja yang menentukan siapa yang menjadikan orang nombor 1 dalam DAP," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Rangkaian Sahabat Muda bersama Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Times Square semalam.

Turut hadir semasa program dijalankan termasuklah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dan Bendahari UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Johari Abdul Ghani.
 
alt



Tambah Khairy, Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga tidak mengamalkan sistem demokrasi selepas parti tersebut memilih  keluarga terdekat untuk dijadikan ketua.

"Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula jawatan nombor 1 iaitu Ketua Umum yang dipegang oleh Ketua Pembangkang. Itu bukan jawatan yang dipilih tetapi/sebaliknya itu merupakan jawatan yang dilantik oleh dikalangan ahli keluarga.

"Dia lantik sahaja dari kalangan keluarga. Mana demokrasi?," katanya.

Beliau turut berkata jawatan Muhsyidul Am yang merupakan satu jawatan tertinggi dalam parti Pas yang hanya dilantik dikalangan ahli-ahli dewan ulamak.

"Jawatan tertinggi dalam parti Pas bukannya presiden yang dipilih tetapi Muhsyidul Am, Tuan Guru Nik Aziz.

"Jawatan itu bukan dipilih, tetapi dilantik dikalangan ahli-ahli dewan ulamak," ujarnya.

Disamping itu, beliau berkata, hanya UMNO sahaja yang merupakan parti yang mengamalkan sistem demokrasi di Malaysia berbanding parti pembangkang.

"Parti lawan (pembangkang) sering kali melaungkan isu demokrasi dan merekalah juara demokrasi. Jika kita menyebut mengenai soal demokrasi dan parti yang memperkasakan ahlinya saya rasa tiada parti lain melainkan UMNO.

"Hari ini mereka harus belajar daripada kita (UMNO) dan hari ini dengan sistem baru UMNO merupakan parti yang merupakan parti yang paling demokrasi didalam Malaysia," katanya.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.