Ketua Pemuda PAS Jelai Calon PAS DUN Sg Limau

alt

YAN, 22 Okt - Ketua Pemuda PAS Jerai, Mohd Azam Samat, diumumkan sebagai calon parti itu bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam Kedah itu merupakan anak kelahiran sekolah Pondok Bukit Besar yang terletak dalam kawasan DUN berkenaan.

Mohd Azam, 37, merupakan cucu kepada 'tiga ulama besar Kedah', katanya pada majlis memperkenalkan calon PAS di pekan Sungai Limau di sini Isnin malam.

Tiga ulama yang dimaksudkan Abdul Hadi ialah datuk Mohd Azam, Abdul Hamid Ibrahim yang dikenali sebagai Pak Mid Bukit Besar, serta dua adik Abdul Hamid, iaitu Tuan Guru Haji Aziz Pendang dan Tuan Guru Haji Abdul Razak atau Haji Daq.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian bekas Menteri Besar Kedah daripada PAS, Tan Sri Azizan Abdul Razak, yang merupakan penyandang kerusi itu sejak pilihan raya umum 2004, pada 26 Sept lepas.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu ditetapkan Rabu ini manakala pengundian pada 4 Nov.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan BN akan menurunkan pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris Dr Ahmad Sohaimi Lazim sebagai calonnya.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.