Kes Saman Aziz Bari, Zulkifli Noordin Selesai Luar Mahkamah

alt
 
KUALA LUMPUR 7 Okt - Kes saman pakar perlembagaan Profesor Dr Abdul Aziz Bari terhadap bekas anggota Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin dan Utusan Malaysia direkodkan sebagai kes penyelesaian luar mahkamah oleh Mahkamah Tinggi di sini.
 
Keputusan itu dibuat setelah akhbar Utusan Malaysia bersedia untuk menarik balik artikel yang disiarkan sebelum ini.
 
Mohd Hanipa Maiden, peguam yang mewakili Abdul Aziz berkata, kes itu diselesaikan tanpa pengakuan liabiliti.
 
"Defendan bersetuju menarik balik kenyataan yang dibuat oleh defendan pertama (Zulkifli) yang disiarkan oleh defendan ketiga (Utusan) pada 8 Oktober 2011 terhadap Abdul Aziz," katanya.
 
Pada Ogos tahun lalu, Abdul Aziz mendakwa difitnah ekoran tindakannya mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama.
 
Dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 22 Disember 2011, Abdul Aziz mendakwa, kata-kata fitnah tersebut secara langsung merujuk kepadanya kerana nama dan jawatan beliau disebut secara spesifik.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.