PR Bentang Belanjawan 2014 Di Dewan Rakyat Hari Ini

alt
KUALA LUMPUR 21 Okt - Pakatan Rakyat (PR) akan membentangkan belanjawan 2014 di Parlimen hari ini dan akan lebih memberi fokus kepada hak untuk mempertahankan kepentingan rakyat dalam menghadapi krisis ekonomi negara.
Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, belanjawan PR akan disampaikan secara khususnya di dalam Dewan Rakyat pada 11 pagi ini dan tetap memberi fokus kepada hak rakyat dalam menghadapi krisis ekonomi.
"Untuk belanjawan secara khususnya, kami akan sampaikan di Dewan Rakyat jam 11 pagi. Kerangkanya seperti yang diputuskan, temanya untuk pertahankan hak dan kepentingan rakyat dalam mengharungi gelombang krisis ekonomi mendatang.
"Kita menjangka kita akan hadapi krisis dengan hutang meningkat, pelaburan yang berkurangan, harga barang yang meningkat dan beban kepada rakyat juga akan bertambah," kata beliau pada sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di Shah Alam semalam.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas menghadiri bengkel belanjawan Pakatan Rakyat dan mendengar pembentangan daripada pakar dan penganalisis ekonomi bersama pimpinan PR yang lain.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan belanjawan kerajaan pada 25 Oktober ini.


SUMBER :http://www.rakyatnews.my/

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.