Tun M : Kerajaan Tidak Harus Layan Golongan Ekstrimis

alt

PUTRAJAYA, 29 Okt -  Kerajaan tidak harus melayan sebarang tuntutan yang disuarakan kumpulan yang disifatkan sebagai ekstrimis di negara ini.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan harus memahami pemikiran kumpulan sederhana dan menyakinkan mereka untuk bekerja bersama-sama bagi mengalakkan kestabilan dalam negara.

"Melayan permintaan esktremis akan memberi kesan buruk kepada ekonomi negara dan membahayakan pertumbuhan negara", katanya ketika berucap pada Siri 17 Wacana Perdana bertajuk 'Trend Politik Semasa dan Kesan terhadap Hala Tuju Ekonomi dan Sosial di Malaysia' di sini petang semalam.

Wacana itu yang dianjurkan oleh Yayasan Kepimpinan Perdana dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu turut dihadiri Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Kepimpinan Perdana, Tan Sri Azman Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) Tan Sri Dr Michael Yeo dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global, Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau menegaskan, persepsi bahawa kerajaan adalah 'lemah' kerana gagal mendapatkan mandat besar dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mei lepas, telah menyebabkan unsur-unsur ekstremis daripada pembangkang membuat pelbagai tuntutan.

"Jika anda fikir kumpulan ekstremis akan mengucapkan 'terima kasih' kepada kerajaan dan memberi sokongan mereka selepas tuntutan mereka dipenuhi...maka anda silap," kata perdana menteri keempat negara selama 22 tahun itu.

"Saya berharap kumpulan sederhana akan kekal dalam negara dan berani membuat pilihan. Bukan demi kepentingan sendiri tetapi untuk kebaikan negara, politik dan masyarakat," katanya.

Dr. Mahathir juga menggesa golongan majoriti sederhana supaya mempunyai keberanian untuk menyuarakan pandangan mereka mengenai situasi politik semasa sambil menjelaskan bahawa kerajaan perlu memberi lebih tumpuan kepada majoriti senyap.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.