KUALA LUMPUR 25 Okt - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah dan individu bujang ditambahbaik melibatkan sejumlah RM4.6 bilion merangkumi 7.9juta penerima yang akan menerima manfaatnya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia berikutan usaha kerajaan untuk terus meringankan beban hidup rakyat, bersesuaian dengan perlaksanaan subsidi bersasar.
"Sukacita saya mengumumkan bahawa program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah dan individu bujang akan ditambah baik," katanya yang juga Menteri Kewangan ketika Pembentangan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini.
Pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3000 dan kebawah akan ditambah daripada RM500 kepada RM650.
Manakala individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM2000 pula akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.
Dalam pada itu Najib yang juga Menteri Kewangan turut mencadangkan caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) bernilai RM50 diberi kepada semua penerima isi rumah rumah BR1M.
"Langkah ini diharap dapat memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.
Secara keseluruhannya, penerima BR1M dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan tidak melebihi RM3000 akan menikmati bantuan sebanyak RM700," katanya.
Selain itu pemberian BR1M juga akan diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3000 hingga RM4000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.
"Pemberian ini adalah berdasarkan kepada kenaikan kos sara hidup yang perlu ditanggung oleh golongan berpendapatan sederhana rendah," ujar beliau.

0 comments:
Post a Comment